Wednesday, February 20, 2013

Senarai Butik Pengantin di Bentong,Mentakab,Temerloh & Kuantan




Siapa yang masih mencari butik pengantin disekitar bentong ,mentakab, temerloh atau kuantan,mai sini ramai2 kita share kan sikit info yang kita dapat sewaktu sedang mencari dan tercari2 butik pengantin kat Pahang. Butik yang baru nak mencipta nama dalam industri ni adalah butik  Hanis Huzaini Bridal ,walaupun baru tapi pelamin dan baju yang ditawarkan sangat la mantop2 dan sangat memuaskan hati pelanggan buktinya adalah dua butik ni sangat mendapat tempat dihati bakal2 pengantin.Pelamin yang ditawarkan sangat la mengikut trend terkini. Nak yang macam taman ke nak macam pokok ke cakap je ada duit semua jalan.Di bawah ni saya listkan detail yang tak seberapa utk rujukan semua.

BENTONG , MENTAKAB & TEMERLOH

Andaman Qaseh
Temerloh
Click Link

Hanis Huzaini Bridal
Temerloh Pahang

D' Farhana ( Galeri Perkahwinan)
No. 24 Jalan Sudirman 5,
Temeloh,Pahang
En. Nizam : 012 - 9010496
Pn. Hjh Su : 017 – 9095445

C-kin Anggun Collection
No. 19 Tingkat 1 & 2
Jalan Pak Sako
Temerloh Pahang
Kak Idah : 019 - 9320162/019 - 9116410
Kak Lah : 013 – 9354512
Click Link
Koleksi Imah
Bandar Baru Temerloh,
No. 18 Tingkat 1, Jalan Pak Sako 1
Kak Imah @ Pn. Rubiah : 019 - 9470869/012 - 9450274
areen @ Along : 017 – 9188065

Butik Seri Ss Pengantin
Bentong, Pahang
Contact : 0162724033
Click Link


Ada Mewah
Temerloh

Idaman Hati Bridal Collection
Temerloh, Pahang
Click Link

KUANTAN

Butik Pengantin Emelia
No3,Lorong IM15/17,
Taman Astana View 25200
Bandar Indera Mahkota
Kuantan Pahang
Contact : 0148163939

Teratak Bridal House

Padang MPK2, Kuantan, Pahang
Contact : 0199655528

Embun Bridal Gallery
Kuantan Centrepoint (berhadapan Kuantan Parade)

Lot F112, Tgkt 1, Blok B,
Jln Hj.Abdul Rahman ,Kuantan
Contact : 013-9799479

Butik Rafflesia
Berhampiran Klinik Komuniti Berserah
Contact : 012-9897260

Chombi Bridal N Spa
Kuantan, Pahang
Contact : 019-9633523

Sue Bridal Collection
No 29 Jalan Utama, Bandar Baru Rompin.
Kuala Rompin Pahang
Contact : 013-6037251
sunohaida@gmail.com

Zainzai's Bridal Gallery
ada link dengan butik di Indonesia
Kuantan, Pahang
Contact : 0172352285

Fazry Heritage Bridal

Contact : 0179630112

Dnora Collection
Kompleks Teruntum, Kuantan
enquiry@dnoracollection.com
Click Link

Butik Qirra Andaman
Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang

The 3r Wedding N Butik

No 37 & 42 stadium darul makmur
Click Link

Butik Singgahsana Mempelai
Kuantan, Pahang
Click Link

Budget Bridal Butik
No 32, Lorong 4 , Balok Baru
Kuantan, Malaysia, 25150
facebook budget bridal
Click Link

Heritage Bridal

Kuantan, Pahang
Facebook : Heritage Bridal

Click Link

Monday, February 18, 2013

Triple Blueberry Cheese







Alang2 member baik office mintak resepi ni so sy upload kan dalam blog ni utk share dengan semua. Kenapa triple nama resepi ni sebabnye ada 3 bahan utama yang dilapiskan. Resepi ni mudah sangat sesuai dibuat dengan walaupun org tu xpandai masak & utk wanita yg terlalu rajin seperti dot dot dot. xperlu dibakar dalam oven pun hanya masukkan dalam peti ais. Ha semudah tu je kan(agak2 masih xrajin ke haida nak buat)


Bahan-bahan

250 gm cream cheese
150 gm susu pekat
290 gm uht whipping full cream
1 tbsp gelatin bancuh dengan 50 ml air panas ~ kacau sehingga gelatin larut
Biskut marie putih @ coklat secukupnye.
Filling blueberry (boleh guna apa pun korang suka,cth staberry,lemon,epal)
Hirisan buah2 segar (sy pilih kiwi,peach & anggur) 

Putar cheese dan susu pekat hingga lembut dan creamy ~ lembutkan creamcheese di suhu bilik beberapa jam untuk melembutkan dan memudahkan memutar cheese.
Masukkan uht whipping dan putar hingga sebati.
Masukkan bancuhan gelatin dan putar lagi dengan perlahan agar semuenye sebati dengan cantik.

Jom Susun pulak

Masukkan adunan cheese ke dalam bekas yang korang suka (dalam cawan kaca pun nampak wow)
Lapiskan biskut marie
Letakkan adunan cheese
Lapiskan dengan filling ~ pilih aje mane mane filling
Letak  biskut marie
Lapiskan dengan lapisan cheese
Susun buah2 segar yang dihiris kat atas lapisan chesse (susun ikut kretiviti masing)
Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam ~ nak rasa macam aicrem letak kat tempat beku,rasa tetap lembut



Sedikit Information

Utk Whipping cream ada 2 jenis.Utk resepi ni sila guna UHT WHIPPING CREAM ATAU DIPANGGIL DAIRY WHIPPING CREAM@D0UBLE CREAM@THICKENED CREAM

KANDUNGAN:
Pepejal susu.

TEKSTUR:
Lebih pkt dari susu segar(UHT full cream milk)tidak mengembang apabila di pukul,rasa tawar 

KEGUNAAN:
Sebagai bhm campuran dlm membuat Cheese Cake,Tiramisu,M0usse,Desserts,Ice-Cream dan Ganache.

KAEDAH PENYIMPANAN:
Simpan dlm peti sejuk(chiller)tdk perlu di bekukan,thn 1 minggu slps dibuka.

JENAMA DI PASARAN:
Anch0r,Emb0rg,Pauls,Shani,Greenfields,Bridel.

DI MANA SAYA B0LEY MENCARI NYEW:
Di kedai2x bkln bakery dn dipasaraya juge b0ley didapati.

UHT:Utra High Temperature...



Sunday, February 17, 2013

Riadah At Masjid Putra






Seperti biasa weekend pg beriadah tanpa mengeluarkan duit sangat sebab memang duduk putrajaya.(nak menyimpan duit kahwin)Pg beli makanan dekat pasar malan then duduk kat tepi tasik je ha…tapi bukan bedua tau nanti xpasal2 kawen free,ada ramai family kat sekitar tu.Miggu ni En Tunag ajak pg Masjid Putra bahagian bawah.Menghadap tasik,ada jugak yang jogging kat situ. Selalunye kami parking kat dataran putra betul2 menghadap masjid, boleh nampak lah satu family beriadah bawahk anak2 main dekat kawasan tu. Seronok tengok ragam si cilik bermain.Mainan dieorang wah hebat2…kecik2 dah ada kereta control la, apa lagi lah mainan yg xpenah pun merasa time kecik dulu.Sebelum layan pic nak cerita lah serba serbi tentang Masjid Putra ni.
Masjid Putra yang dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas keindahan tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara segar dari tasik bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra dan Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.
Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon) sebagai bentuk perantaraan.








Thursday, February 14, 2013

Pemberian wang adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah.

 
 
 
 
 
 
 



Setiap kali majlis kahwin terperasan la dikalangan yang tua2 salam berisi,maksudnye sambil salam dia selitkan duit dekat  tangan tuan rumah.Sejujurnye xtahu pun maksud sebenar pemberian duit tu.Tanya mak kenapa tiap kali pg majlis kahwin kawan mak mesti mak bagi duit then mak kata ni utk membantu meringankan beban keluarga pengantin yg dah keluarkan budget utk majlis kahwin.Tapi kita yang golongan muda ni lebih suka memberi barangan utk membantu pengantin dari segi keperluan rumah.

Pemberian wang kepada keluarga pengantin itu dilakukan oleh orang-orang dahulu adalah sebagai ganti kepada hadiah. Dalam Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang dituntut oleh Rasulullah.

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Berdasarkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan:

“Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah) Sumber Hadis.

Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dulu-dulu mengambil langkah mudah dengan hanya menghadiahkan wang sebagai sumbangan. Dengan hati yang ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga pengantin, oleh itu keluarga pengantin (biasanya bapa) seharusnya tidak menolak pemberian ini. Kerana dengan menolak pemberian mereka, kita seolah-olah menarik pahala yang sepatutnya mereka perolehi. Selain itu ia mungkin juga akan membuatkan mereka berkecil hati.

Bagaimanapun sekarang mungkin ramai orang memberi wang hanya kerana adat tanpa mengetahui ia adalah sunnah.Tapi saya lebih suka memberi hadiah ,merupakan barang keperluan utk mereka gunakan.

Wednesday, February 13, 2013

Prop for Photo Booth



Time wedding Kak Sarah sempat la buat prop,banyaknye bentuk misai.Hanya mampu buat dalam beberapa prop sahaja.Xsempat nak cari banyak2 sebab last minit baru cari.Mula ingatkan boleh lah simpan time wedding kita tapi telah diambil sebai hadiah oleh kanak2 disekitar taman bukit bendera.Xdapat bergambar sangat pun dengan prop almaklumlah dah banyak hilang.Misai je ada budak2 ni tinggalkan.Ada banyak jenis yang tak di print haritu,ada yg dalam PDF...sapa nak email je.sharing is caring.



 



 
 
 
 

Wednesday, February 6, 2013

Persediaan doorgift 2- desert




Desert



Decision nak buat desert datang dari kak farah.Dia nak buat tat. So mencari lah barang2 utk kegunaan membuat tat di yammi bakery .Agak murah jugak acuan tat besar n kecik. Kak sarah (pegantin) plak beli bekas utk buat puding, dia kata buat la apa pun dia saja beli. So hari jumaat amik cuti, betolak dari putrajaya dgn en tunang petang sampai malam dekat pahang. Start hari jumaat cari bahan2 utk buat desert. Akak dah decide buat tat buah & cheese tat. Kita pulak decised buat triple blueberry chesses & pudding cocktail.
 



 

Start buat pudding cocktail after zuhur lagi. Menghadap buat benda ni berjam.Akak marah2 dia kata suke buat ala kadar xikut sukatan. Dengarkan jelah sebab time tu dah penat. After dah siap buat pudding cocktail buat pulak triple blueberry cheese, yang ni xda la leceh sangat,after satu layer buat plak layer lain.pastu dah siap.Akak ingatkan kita yang ada lebih satu lagi cheese crem tu dia suruh buat lagi satu..malas nak buat.tolong akak siapkan tat dia dulu.Abg Mie tolong akak buat tat.Bau biskut tat tu sedap…so bau je lah xblh benti buat keje nanti takut xsiap.Isi utk tat xsiap lagi, kak sarah ada tolong potong buah utk tat pastu dia kene la rehat plakkan then kita sambung potong buah & letak kan buah atas tat tu.Kene laju cos kastat tu cepat keras tu pun akak kene bland balik utk xnak bagi ketul2 (degil org kata letak air xnak percaya haha).Tat Buah yg kecik & besar dah siap tiba2 cakap kat akak nak buat lagi satu adunan triple blueberry cheese lah…akak kata buat la banyak bekas lagi.So sambung pukul cheese sampai gebu.Ada banyak buah lebih so letak atas triple blueberry cheese. Baru lah Nampak cantik.Anak buah nagis,pegi la jengguk jap.Dlam jam 3.30Am stop buat semua.Akak dengan abag mi je lah siapkan cheese tat until 5.00 Am. Alhamdulilah semua sedap(perasan)& dan dapat disiapkan.Tido utk persiapan majlis esoknye pulak.