Tuesday, November 26, 2013

Kebaikan Zinc Complex




Keperluan ZINC 

Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

Ramai yang tak perasan kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan..Jadi camne nak dapatkan zink ni? Badan kita tidak menghasilkan zink..jadi kita kena dapatkan zink dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.

SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
§  Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
§  Wanita Mengandung dan Menyusu
§  Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
§  Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
§  Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
§  Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
§  Orang yang mempunyai penyakit sel sabit
KEBAIKAN Zinc Complex
1.      Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
2.      Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
3.      Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
4.      Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
5.      Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
6.      Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
7.      Kelesuan kronik
8.      Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
9.      Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
10.  Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
11.  Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
12.  Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
13.  Rabun malam
14.   
KESAN KEKURANGAN ZINC?
Ia menyebabkan
§  pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
§  perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
§  rambut gugur,
§  cirit-birit ,
§  mata dan kulit luka dan
§  hilang selera makan.
§  Kehilangan berat badan,
§  masalah dengan penyembuhan luka,
§  keupayaan untuk rasa makanan, dan

§  tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.

Tuesday, November 19, 2013

Guest Book Table



Thanks to Adik Iya tolong menghias Guest Book Table. Macam yang penah Yaya ceritakan Guest Book Yaya buat sendiri.




Picture credit to http://www.19meidesign.com/

Baju Sanding perempuan - Krim Coklat



Yaya paling suka baju sanding ni sebab Yaya berusaha jahit manik habis habisa. Dan still tak sure sebenarnya baju Yaya ni warna apa. Tapi tak kisah la sbb majilis berjalan lancar. Tudung dan veil ni pun dayah buat sendiri. Cost tudung Rm 8 dan jahit manik sendiri pada tudung mcm tu juga dengan veil.






Picture credit to http://www.19meidesign.com

Baju Sanding Lelaki - Krim Coklat



Baju En Husband ni sewa dekat butik area Bangi, butik sama yang buat baju nikah En Husband. Baju ni tempah baru cos nak ikut bentuk badan En Husban.






Picture credit to http://www.19meidesign.com

Baju , Shawl , Veil Nikah Perempuan




Baju nikah Yaya tempah dekat tailor Cina. Baju ni adalah dress labuh bukan bju kurung moden. Tangan baju ni Yaya saja buat berbeza sikit. Veil buat sendiri dari kain lace yang sama begitu juga dengan shawl ni Yaya buat juga menggunakan manik tampal jahit.Shawl ni Yaya beli dengan harga dalam RM 8 then DIY dengan kehendak dan kretiviti sendiri. Kain untuk buat Shawal Yaya beli 2 meter Harga tak sampai Rm10.



Picture credit to http://www.19meidesign.com

Baju & Sampin Nikah Lelaki



Baju + Sampin

Baju nikah kami seperti yang penah diberitahu,warna putih suci. En Husband tempah dekat butik di area Bangi. Tempah sebab badan EN hisband kecik if beli siap tak cantik lah. Samping kami cari dekat kawasan masjid India. Songket warna ungu  dan bunga oren + biru. Ada satu mall dekat area situ. dekat Mall ni ada banyak kedai pengantin. Tapi lupa apa nama mall ni.



chocolate fountain Buffet Table




NAK jugakkan menghias chocklate fountain table. Yaya siapkan semua keperluan dan adik Iya yang tolong hiaskan. 3 Hari before tu Yaya & Amin (adik laki) angkat meja susun dekat depan. Sakit oitt  belakang pengantin. Bila majlis xboleh berdiri tegak hihi. So ni la hasilnye..hanya bertahan untuk beberapa jam sahaja. Prop dah hilang,xsempat pun nak bergaya dalam gambar. Banyak jugak menu dalam ni di sponser oleh kawan & sedara. Thanks to Haida sebab sponser jelly bean and my hot mak ngah uji sponser apam polka dot. Love u all







Picture credit to http://www.19meidesign.com

Dessert - Pelbagai Kek




Hebat tak my Sis, sempat dia buat pelbagai kek untuk menghiasi meja dessert Yaya. Ada 3 Jenis Kek yang dia buat dan habis terus bila letak. Tak dapat pun rasa. Kali ni abg ipar yang tolong buat sama. Kempunan abg ipar tak dapat rasa kek buatan sendiri. Akak simpan dalam peti ais sikit tapi sudah hilang dimakan manusia.




VIP Doorgift - Red Velvet Cake in Jar



Red Velvet Cake


Tiga hari before  Wedding day ,Yaya, kakak serta adik tersayang bertungkus lumus siapkan red velvet cake ni. Perlu lah buat 3 hari before supaya rasa dan bentuk masih cantik. Pegantin panda la nampak gayanya. mana taknye tak cukup tido. Kak Farah la orang paling penting, dia menyiapkan kek ni dari mula until habis. Time last tu Yaya dah tak tolong almaklumlah pengantin buzzy. Dayah cuma buatkan cream, yang lain Kak Farah buat