Sunday, September 27, 2015

Latest Shawl Trends 2015 Yang Unik & Gorgeous




Mencari sesuatu yang mampu melengkapkan penampilan anda dengan harga yang sangat berpatutan,kami mampu membantu. Shawls yang kami hasilkan mampu memberi kelainan dan gaya yang sangat exclusive kepada pemakainya.Anda tidak lagi perlukan assesori tambahan kerana dengan hanya memakai shawl kami anda seperti lengkap memakai tiara yang mewah umpama si puteri yang cantik disertakan perincian manik mutiara disisi kiri shawl. Kami menggunakan kain heavy chiffon yang berkualiti tinggi dan batu /manik yang berkualiti. Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsap ke no 0132045464 atau clik di FB  NORIZ SAFIYA

Harga sangat berpatutan walaupun shawl didatangkan degan assesori yang mewah. Anda mampu milikinya kerana harga yang dijual hanya RM 40.00

Sesuai untuk majlis nikah, sanding, tunang, majlis-majlis dan boleh juga dipakai di pejabat.


TIARA 1 - RM 40 (excluding pos )



TIARA 2 - RM 40 (excluding pos)



TIARA 3 - RM 40 (excluding pos)




TIARA 4 - RM 40 (excluding pos)


TIARA 5 - RM 40 (excluding pos )



TIARA 6 - RM 40 (excluding pos )




TIARA 7 - RM 40 (excluding pos)


TIARA 8 - RM 40 (excluding pos)


TIARA 9 - RM 40 (excluding pos )


TIARA 10 - RM 40 (excluding pos)










Wednesday, February 18, 2015

CARA MENGESAN WAKTU SUBUR YANG PALING BERKESAN


SUSAH MENGIRA WAKTU SUBUR DAN SERING TERLEPAS WAKTU SUBUR?
PERNAH DENGAR APA ITU OPK (ovulation predictor kits)?

Ovulation predictor kits (OPK) ialah alat untuk menguji waktu subur wanita. Alat ini membantu wanita mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Alat ini akan membantu anda menentukan tahap lonjakan hormone LH. Ianya alat untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan dengan mengetahui waktu subur kita.




CARA MENGGUNAKAN OPK
Celupkan strip dlm urine selama 5 saat. Kemudian tunggu dlm 10 min atau sehingga jalur merah kelihatan pada 'test line' dan 'control line'
Bila waktu sesuai utk ujian kesuburan
1) Pertama sekali, anda perlu tentukan kitaran haid anda iaitu bilangan hari dari first sehingga period period yang seterusnya.
2) Sila rujuk carta di bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan ovulation test.
Tempoh kitaran haid/ Mula gunakan strip pada
21 hari/Hari ke 6
22 hari/Hari ke 6
23 hari/Hari ke 7
24 hari/Hari ke 7
25 hari/Hari ke 8
26 hari/Hari ke 9
27 hari/Hari ke 10
28 hari/Hari ke 11
29 hari/Hari ke 12
30 hari/Hari ke 13
3) Jika cycle anda 28 hari, bagi yang merancang untuk hamil, anda boleh start test pada hari ke 11, jika result positif (double line) bermakna anda dlm keadaan subur dan anda bolehlah bersama dengan pasangan dalam tempoh selepas 24 jam – 48 jam…..tetapi tidak melebihi 48 jam…
4) Bagi yang ingin mengawal kehamilan secara semulajadi, anda dilarang bersama dengan pasangan jika result positif kerana pada waktu itu anda tengah subur.
5) Bagi mereka yang tidak tahu bilangan kitaran haid atau kitaran haid yang tidak menentu, anda boleh start test pada hari ke 11 selepas period. Boleh teruskan test sehingga Ovulation test menjadi positif.
6) Waktu yang sesuai digunakan adalah dari 8 pagi hingga 8 pm (kontra dengan upt) Jangan gunakan sample urine pada awal pagi.
7) SILA KURANGKAN PENGAMBILAN AIR SELAMA 2 JAM SEBELUM TEST.




NAK TAHU DIMANA BOLEH MENDAPATKAN OPK DAN JUGA UPT

Untuk order dan details boleh PM or whatsapp


 UPT 10pcs = RM 10
 OPK 10pcs = RM 12
OPK (Ovulation Predictor Kits)
Mengesan waktu subur bg yg merancang utk hamil atau mengawal kehamilan
UPT (Urine Pregnancy Test)
Mengesan kehamilan di awal kehamilan
whatsapp 019-9882709boleh click link ini UPT-OPK dan IJAB & Baby Tiger 

PENTINGNYA MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA


PENTINGNYA MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA


1. Untuk mendapatkan zuriat
2. Untuk mengelak kehamilan




APA ITU KITARAN HAID

Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda. 


Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
(14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Keliru? Macam ni. Katakanlah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan , ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.


Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dikatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Semoga info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.