Kerana Diriku Begitu Berharga
Siapa suka pergi spa, Yes
kebanyakan wanita memang suka. Bila diri dimanjakan memang nikmatnya perasaan.
Bukan je release tension malahan kulit jadi gebu, muka licin, lenguh-lenguh
badan hilang tapi duit pun hilang hehe. Tak mengapa keluarkan sikit duit untuk
kecantikan luar dan dalam. Kita dah penat bekerja perlulah bagi reward pada
diri sendiri lagi-lagi untuk bakal pengantin.
Bilakah waktu yang
paling sesuai untuk bakal pengantin pergi ke Spa?
Sy ada buat tinjauan
mengenai isu spa ni dan dari tinjauan yang sy dapat, kebanyakan bakal pengantin
buat dalam tempoh 1-2 hari sbelum kahwin, sebabnya keranatidak ada masa. Tapi
make sure mereka tidak menyentuh jerawat. Kerana takut esoknye muka jadi
bengkak-bengkak. Rawatan yang sesuai 1-2 hari sebelum kahwin adalah manicure, pedicure,
milk bath, scrub dan spa therapy.
Tapi sebenarnya
seelok-eloknye 1-2 bulan sebelum majlis utk memastikan pengantin mendapat rawatan
spa secara intensif. Jika nak buang bintik hitam/putih atau jerawat boleh la buat
facial muka tanpa perlu risau muka bengkak, tapi jika ada yang kulit sensitive
dgn product pencuci lain better just buat rawatan untuk kepala dan seluruh
badan sahaja kuatir ada alahan pada muka.
Sy penah pg spa dekat
Putrajaya,P.Diplomatik,nama spa tu D’Aura spa. Hanya buat massage seluruh badan
sebab belakang rasa sakit, rupanye tulang hanpir tergeliat.memang rasa
bengkak.Nak drive pun pegang stering ke kiri sakit sangat.Buat keje pun sakit
memang teruk lah time tu.After keje pg cari tempat mengurut, semua tutup jam
6-7 PM. Menagislah tahan sakit yang teramat sangat. Esoknya search la mana
tempat boleh mengurut then jumpe la D’Aura spa yang buka until 10 PM. Col je
kakak utk buat appointment. Dia urut memang sakit huhu tahan je la…Berulang dia
urut kat kawasan sakit tu.Bila kali keduanya dia urut ada bunyi pak.....yang
kuat sangat(seyes kuat tau) baru tangan kiri tu boleh gerak.Kalau sebelum ni gerak
je macam ada tali yang halang pergerakan.Umpama macam patung wayang kulit.So
sesipa yang nak mengurut pg la sana ye. Pakej lain agak mahal ada cecah RM500.
Tapi untuk urutan hari tu RM 69,bebaloi dengan hasilnya.Tapi if nak yang murah
sikit sy pernah try Seputih kapas bersama officemate tapi timing berbeza. Kawasanye dekat bangi,rumah teres dua
tingkat.Satu masa seorang customer je dia layan untuk maklumat lanjut sila
click
![]() |
D'Aura |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.