Monday, October 14, 2013

Bungkus Coklat



Penat itu hanya satu perkataan hihi..Hanya tinggal beberapa hari. Semua kerja perlu dibuat macam lipas kudung. Jangan cakap banyak buat keje !!!!! k done








Baju Sanding Krim/Coklat



Dah tak berapa sure baju yaya ni sebenarnya colour apa. Tapi tak kisah la asal baju yaya & En Tunnag sama colour. Manik done, veil done & Tudung Done.






Baju Bertandang Biru


Dah siap jahit manik baju biru ni. Satu persatu siap. Alhamdulilah yang ni je termampu buat.






Sunday, October 13, 2013

Doorgift Agar-Agar Kering




Yup memang doorgift tetamu yaya & family buat sendiri..huhu nampak tak kepenatan disitu. Dalam jar tu ada yang dapat cookoies dan ada yang dapt agar2 kering. Ha ada lagi ke yang tidak tau apa tu agar-agar kering, mungkin orang lama je tau. Tapi yaya tau sebab dulu mak penah buat. Jom kita baca infor tentang agar-agar kering dengan resepi sekali yaya bagi.

Agar-agar kering merupakan sejenis kuih tradisional lama. Ia merupakan agar-agar pelbagai warna yang dijemur sehingga kering dan tahan lama.

Resipi

Bahan-bahan

  1. 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
  2. 400 gm gula
  3. 1 cawan gula batu
  4. 6 gelas air
  5. Daun pandan
  6. Pewarna merah dan hijau

Penyediaan

  • Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api.
  • Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.
  • Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai.
  • Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan mengecut apabila dijemur.
  • Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang dan jemur ditengah panas sehingga betul-betul kering.
  • Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua bahagian agar-agar kering dengan sekata.
  • Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.
 Ni la agar-agar yang mak yaya buat.Yaya tolong provide resepi & buat cookies.





Saturday, October 5, 2013

Bangga dengan Hasil tangan sendiri


Hasil usaha penat lelah

Siapa sangka yaya dapat siapkan juga doorgift DIY ni.Pelbagai jenis yaya buat ntahkan cantik or tidak tapi ni je lah yang mampu yaya buat.





DIY Kerongsang Untuk Doorgift



Ada lebihan kain felt,so bermula la project doorgift yaya. Penat memang penat,tapi cara nak hilangkan stress keje ni la caranya. Menghasilkan sesuatu yang kita suka. Makin hari makin malas yaya nak menulis macam biasala la biar gambar je la cerita.



New Environment in Work Place




Kebiasaanya bila kita mula berpidah ditempat kerja baru,macam2 perasaan yang difirkirkan,cth dapat ke kawan baru,kerja nanti makin susah tak?

Alhamdulilah segalanya dipermudahkan,yaya masuk kerja baru sewaktu bulan puasa, so after raya tu macam2 aktiviti yang kami lalukan berasama. Kawan2 dekat sini semuanya baik dan masing2 ada parangai masing2 cthnya ada yang kelakar, baik hati semua la ada. I love my new family in work place, hopefully silaturahim ni berpanjangan..insyallah















Faiz & Yaya Pre Wedding




Biar gambar berkata-kata