Monday, December 23, 2013

Seriously Boleh Hilang Kotoran Degil,cth Minyak Hitam



Cuba bayangkan jika baju kegemaran kita rosak terkene kotoran tapi bukan kotoran sebarangan tapi minyak hitam. Panik tak,yes same goes to me. Apa 1st stape yang Yaya buat sure hantar dobi. Bila dah dapat baju tu then pekerja dobi kata baju ni kami dah cuba dengan chemical yang mampu hilangkan kotoran tapi kotoran baju Puan tak dapat dihilangkan. Panik tak, uiiii bukan panik lagi ni dah menagis berjurai air mata. Ni la hakikat peristiwa yang berlaku. Dah la bayar RM 85++ untuk hantar baju dekat dobi dengan harapan kotoran hilang. Tapi itu hanya mimpi. Memang baju Yaya tu teruk kene kotoran. Besar tapak tangan, dah tu kata bergambar dekat landasan kereta api dengan pakai dress labuh of cos kene.
Tapi ini bukan habis riwayat baju Yaya, Huby ajak pg shoping barang dapur dekat Mall yang terdekat. Sambil tunggu Huby regester member card mata tertumpu pada warna pink. Sambil pegang barang tu Yaya kata kat Huby, iklan TV semua tipu. Konon semua kotoran boleh hilang. Tapi Yaya amik produk pink ni.
Sampai je rumah terus spray dekat baju.Tapi kene goncang dulu, spray then biarkan 1 minit. Boleh nampak berbuih-buih lepas tu Yaya bilas dengan span bersih. Tadaaaa hilang kotoran tu. Teruja sangat,mungkin orang lain rasa ni hal kecik tapi korang tak tau macam mana perasaa Yaya tengok baju kotor dengan minyak hitam.
So nak tahu apa dia, RM 15++






P/s: Ini bukan iklan berbayar

Sunday, December 22, 2013

Gemuk OMG!!!!!!!




Ni isu yang selalu terjadi pada pasangan baru kahwin including me, oh NO. Tapi Huby maintain walaupun hari-hari bekalkan dia makanan. Pagi 2 kali makan, tengah hari makan dan malam pun makan. Tapi badan huby tak naik. Wife je yang naik padahal control makan. Happy sangat la tu. Kalau ikut kajian pulak macam mana.

Mengikut kajian terhadap  lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Mungkin ini disebabkan oleh kebahagian atau ada isteri yang menjaga pemakanan mereka. Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas pula, 12 peratus tahap kesihatan mereka berada dalam linkungan baik atau teruk. Tahap kesihatan duda atau janda dikategorikan paling teruk. 

Kenapa Lelaki Tak Kisah Jadi Gemuk Selepas Kahwin?

1.Sebab bila dah kahwin, makan-minum semua dah disediakan oleh isteri. Pagi isteri dah sedia nasi lemak, masa lunch makan nasi ayam, minum petang dengan teh susu dan roti canai dan makan malam isteri beli nasi kandar dekat kedai mamak. Suami pun tak kisah janji kenyang. Macam mana tak naik perut. Kalau isteri mengandung silap-silap haribulan tersilap hantar suami ke hospital.

2.Alasan lain yang bagi sebab dah kahwin, so tak payah lah nak pikir pasal ‘market’.Cukuplah ada isteri sorang. Kepada isteri kena hati-hati. Depan je kata sorang. Dekat belakang mungkin dah ada 3 kot.
 
3.Sebab isteri suka memasak dan suka try resipi baru. Hari ne masak kari ayam, esok kari lembu, tulat kari kambing. Pastu suami akan jadi bahan uji kaji untuk makanan yang dimasak tu. Mana tak membuncit perut suami.

4.Alasan suami yang dah give up. Dah memang keturunan perut buncit, nak buat macam mana. Terima je la.
Faktor Yang Menyebabkan Lelaki Gemuk 
Faktor kelamin .Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
Kenapa Perempuan Gemuk Selepas Kahwin?

Perempuan pun akan bertambah berat badan selepas kahwin . Fakta mengatakan perempuan bertambah berat badan kerana khasiat air mani si suami itu sendiri. Antara khasiatnya:

1.Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein yang berkhasiat.

2.Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

3.Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.


4.Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Thursday, December 5, 2013

Design Baju Nikah, Sanding & Bertandang



Ramai yang bertanya Yaya baju nikah, sanding & bertandang Yaya sewa mana. Semua Yaya tempah. Yaya just nak share Yaya dapat design baju ni refer dari mana.Yaya olah design menjadi lebih muslimah sesuai dengan Yaya yang memakai tudung. Jom kita compare sama tak design Baju Yaya dengan baju yang Yaya refer ni.

Design baju nikah

Baju Yaya





 Baju yang menjadi rujukan



Design Baju Sading

Baju Yaya




Baju yang menjadi rujukan




Design Baju Bertandang

Baju Yaya


Baju menjadi rujukan



Make up Bersanding – Bangi




Pemilihan MUA adalah amat penting untuk majlis yang istimewa. Siapa yang tak nak diri di puji saat berada di atas pelamin. Mata panda hilang hihi muka nampak licin. Yaya bukan tahu bab makeup ni. Cuma dapat pengalaman dari kawan. Jom Yaya share sedikit Tip memilih MUA

Pastikan Booked MUA awal – Bila kita dah sure siapa MUA yang kita nak pastikan tempah awal kerana takut MUA tu di kebas pengantin lain.Tapi yaya buat tempahan last minut jugak tapi awal2 lagi dah bertanyakan tarikh tu MUA free tak Cuma bayar booking lambat sikit. Terlupa punya pasal

Test make-up/pre-wedding makeup - Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih. MUA untuk belah Huby ni memang Yaya try time pre wedding makeup. Suka sangat sebab makeup tahan lama.


Hanya anda seorang - Pastikan agar MUA anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan MUA anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan. 


Berbincanglah – Pastikan anda dan MUA anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan MUA menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan MUA) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda


Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan MUA anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. 








Ni semua hasil make up Kak Yana aka MUA. Totally Yaya jatuh hati dengan hasil tangan dia. Orangnya pun happy go lucky. Mudah berurusan dan rajin balas sms dan col. Sesiapa yang dekat bangi dan luar kawasan boleh la try amik Kak Yana as your MUA

Baju Bertandang Lelaki – Sky Blue



Baju Huby ni sewa tapi buat baru, macam baju nikah dan sanding belah Yaya haritu. Dari butik yang sama juga. Tapi Yaya request Huby pakai kerongsang besar dekat bahu, so hensom my Hero. Samping Huby dipakaikan oleh Kak Yana aka my MUA. Thanks Kak Yana, sian dia semput nak naik tangga umah Yaya. Kami bersiap dekat rumah sendiri. Untuk menyiapkan habi tak memerlukan masa yang lama pun. Tada dah siap macam tu je.






Picture thanks to Kamrul Adli

Baju Bertandang Perempuan – Sky Blue





Design baju dipilih oleh Huby, begitu juga warna. Totally I like this dress. Before kahwin, setiap kali tepandang baju ni, setiap kali tu juga yaya tambah manik. Tapi sebenarnya risau takut terlebih sarat or terlalu simple. Dekat bahagian dada, sekeliling pinggang dan tangan tu yaya tampal 3D lace serta manik biru yang agak besar. Dekat bahu yaya jahit Diamond applique iron On, applique ni perlu iron dan jahit cos ia berat. Manik pearl Yaya tambah kan pada Baju di setiap bahagian begitu juga dengan manik kecil untuk tambahkan seri. Shawl tu Yaya jahit lace 3D atas tu then tambah manik biru yang besar,tambah pearl biru, putih dan silver. Untuk Veil pun Yaya jahit 3D lace dan manik pearl.





For this lovely picture thank to my photographer Kamrul Adli