Fist raya bersama
Alisha Safiya, mama baru pantang 23 Hari bersamaan 23 hari umur Alisha so kali
ni hanya pic Alisha & papa je Mama snap sebab Mama masih debab.
Agak-Agaknya boleh ke turun badan ni. Masih belum timbang lagi. Oh berat Alisha pula dah lebih 3.8 kg. Alhamdulilah anak mama dah besar dengan sihat. Tak sabar nak
melihat pekerbangan malaikat kecil mama hari demi hari.Love u saying tak lupa
juga love u Papa Alisha.
Sunday, October 12, 2014
List beberapa jenis Breast Pum terbaik untuk para Ibu
As Salam, alhamdulilah Yaya
selamat lahirkan baby Alisha Safiya dah masuk 19 hari. Now Yaya memang bagi
Exclusive breastfeed pada baby Alisha, rezeki baby moga Allah makbulkan doa
untuk susukan Alisha until > 2 tahun.
Kali ni Yaya nak cerita mengenai
breast pum, keperluan untuk ibu yang Exclusive breastfeed & Fully
breastfeed.
Oh apa itu Exclusive breastfeed
& Fully breastfeed.
1.
Exclusive breastfeed : bayi
minum susu ibu sahaja
2.
Fully breastfeed: bayi minum
susu ibu dan sudah mula makan makanan pejal tanpa minum FM
Ada beberapa jenis breast pum
yang bagus dan menjadi pilihan para ibu diluar sana. Tapi bagi yaya sendiri
penah pakai 2 jenis brand iaitu Avent manual & Madela mini electric. Ni
atas masing-masing lah, badan sendiri so memasing ada penilaian sendiri.
Avent
![]() |
double electric |
![]() |
Philips Avent Natural Manual Breast Pump |
Medela
![]() |
Medela_FreeStyle |
![]() |
Pump In Style® Advanced |
![]() |
Swing™ Breastpump |
Detik Kelahiran Puteri Sulung Faiz & Hidayah
Tarikh keramat for me
13/9/2014 lahirnya seorang puteri yang diberi nama Alisha Safiya(wanita mulia
yang di lindungi Tuhan). Tarikh ni juga special sebab En Huby born in same
date. Alhamdulilah syukur pada Allah, ini lah hadiah special yang dikurniakan oleh
Allah pada Yaya
Mengimbau kembali detik
before bersalin :
9/9/2014
Start waktu Maghrib
kekerapan baby mengeras makin kerap, buat Yaya sesak nafas dan tak selesa.
Susah nak lelap mata sebab perut tak selesa,baby pun aktif sangat bergerak.
10/9/2014
Kekerapan mengeras still
berpanjangan until pagi, pada mulanya Yaya buat tak kisah. Then chat dengan
kakak ipar tanyakan hal ni then dia suggest untuk check terus ke Hospita, its
okey if baby bagi false alarm kat mama.
Pagi tu yaya kira kekerapan
baby mengeras,tiap 10 minute je baby mengeras. Sesambil buat payroll yang nak
close dalam minggu ni,Yaya tetap la google mengenai kekarapan baby mengeras ni.
Wooo siapa yang tak risau. Sepatutnya due pada 17/9/2014, in case tercepat ke
mana la dapat duga. Dah la banyak dengar kisah baby lemas dalam perut. Yaya ni
1st experience so kene take serious even hal kecik.
En Huby ada training area
office Yaya so tak da la Yaya risau sangat. Tapi En Huby keep remained Yaya
amik MC, tapi payroll punya pasal tak da makna nak cuti. Mr Huby keep msg Tanya
perkembangan Yaya, makin lama makin seak nafas ni. Mr Huby ajak jugak pg
Hospital time lunch untuk check then Yaya pun setelkan semua keje then pesan
dekat office mate & bos cakap nak pg Hospital amik time off.
Sesampai je dekat Hospita An-Nur terus doc
buat CTG(bacaan jantung baby) dan check kekerapan contraction. As per Doc
cakap, contraction memang tinggi tapi Yaya tak rasa pun sakit Cuma sesak nafas,
then doc check bukaan iaitu hanya 3cm. Ramai yang share experience time kene
seluk untuk check bukaan sakit yang amat, tapi experience Yaya pulak tak ada la
sakit pun. Mungkin tengok kepakaran doc yang seluk tu mayb.
Doc suruh check urine,
time dalam toilet nak amik urine huh terkejut yaya keluar darah..tunjuk kat
nurse yang urine banyak darah, Doc check then kata urine ada infection so Yaya
boleh balik & Doc bekalkan beberapa ubat.
Sebelum balik rumah,
Huby ajak singah solat kat surau berhampiran rumah, almaklum lah malsa nak
mendaki rumah 5 tingkat tanpa lif. Before amik semayang yaya rasa nak
melepaskan hajat kecil, then tetiba tenguk underway penuh darah pekat. Rasa nak
pitam, terus rasa nak nagis sebab lebih kepada perasaan takut yang teramat. Pg
balik Hospital, then kene tahan sebab Doc nak pantau keadaan,bukaan still 3cm.
11/9/2014
Contraction makin
berkurang, perut pun tak mengeras sangat. Doc benarkan balik, seriously duduk
Hospital sebenarnya tak dapat nak rest sebab tiap masa nurse datang nak check
macam2. Oh Mr Huby sentiasa menjadi peneman yang setia. Mak Yaya pun sampai
dari kampong malam tu.
12/9/2014
Yaya duduk relax dekat
rumah, En Huby of cos pg training. Mak la jad checf kat rumah..oh bestnya.
Tepat2 En Huby sampai
rumah, air ketumban Yaya pecah pada jam 7 macam tu. Air tu rasa panas je &
tak boleh control. Terus la Mr Huby panggil mak, then mak kata pg mandi dulu.
Mak kata time mandi tu minum air dari hujung rambut tu. Time mandi air ketumban
makin laju keluar.
Waktu azan tu kami
bergerak terus ke Hospital, ok muka ni lagi yang datang huhu. Doc siap kata
kesian awak asyik datang je hospital. Doc check yup memang dia kata air
ketumban dah pecah tapi bukaan still 3 cm. Yaya solat magrib dulu, then doc
kata nak masukkan drip water untuk membantu contraction and Doc sugest untk
ambil epidural. Kakak and kawan2 yaya sebelum ni penah nasihatkan jangan amik
epidural, atas nasihat Doc and setelah berbincang dengan Mr Huby and Doc so
Yaya amik.
Before kene cucuk,
nurse suruh Yaya makan dulu. Mr Huby belikan makanan untuk Yaya ada tenaga nak
meneran nanti. Dia pun tak makan lagi sebab risaukan Yaya. Yaya memang tak
selera nak makan. Nasi satu bungkus tu Yaya & Huby share tu pun tak habis.
Uhhh time cucuk kat
belakang tu ngeri. Yaya peluk bantal then doc cucuk belakang. Bila tiub
tersentuh urat so kaki kekejangan sakit. Beberapa kali juga Doc terpaksa ubah
kedudukan tiub tu.
Lepas tu kene cucuk
lagi kat tangan untuk masukkan drip water. Banyak kene cucuk, time tu dah
berdebar takutnye nak alami sendiri contraction tu.
13/9/2014
Jam dah 12.01 still tak
ada contraction even dah masukkan drip water. Doc suruh yaya tido sebab katanya
lama lagi baru nak bersalin. Mak masuk ke lanour room untuk tengok keadaan
Yaya, mak suapkan air zam-zam then sapukan air zam-zam dekat perut &
belakang Yaya. Mak bacakan beberapa ayat dekat dahi Yaya.
12.30 ++ jantung baby
drop dari 180 ke 30, time tu nurse semua kalut. Yaya & Huby mana paham apa2
pun, terus doc datang & kata kene buat operation sebab jantung baby hamper nak
drop ke 20 lagi bahaya kata doc.
Menitis juga air mata
ni,Mr Huby pun sedih sambil cium dahi Yaya..oh lagi buat Yaya sedih. Doc
epidural ditambah lagi untuk kebaskan dari pingang ke bawah. Epidural digunakan
time pembedahan tu. Mr Huby ada bersama time operate tu. Yaya dapat rasa perut
ditarik kiri kanan tapi tak rasa sakit.
Time kepada baby dah Nampak
Doc Tanya Mr Huby nak snap pic tak, Mr Huby terus lari amik phone kat luar.
Yaya dapat dengar jeritan baby. Doc angkat baby & tunjuk pada Yaya.
ALhamdulilah syukur semua selamat.
Baby terus dibawa untuk
sedut oksigen sebab lemas, Mr Huby terus ikut nurse yang bawa baby untuk
dibersihkan dan di azankan oleh Mr Huby.
After operation Doc
suruh yaya rest tapi pagi tu langsung tak dapat lelapkan mata, terdengar je
tangisan baby. Terlalu teringin nak dakap anak sendiri.
Wednesday, August 20, 2014
Antara khasiat air kelapa muda bagi ibu yang sedang hamil
1)
Minuman isotonik alami
Minuman
isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh
tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses
rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air
berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami
dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun
berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
2)
Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric
yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus
yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem
pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda
untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema,
mahupun penyakit berjangkit lain.
3) Membantu
mencegah sembelit dalam sistem pencernaan
Semasa
kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan
menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus
dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu
hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel
tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada
ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan,
sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang
seang mengandung.
4) Mencegah
daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan
Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil.
Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa
muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh,
membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa
kepada ibu hamil yang meminumnya.
5) Mencegah
kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
6) Membantu
mengurangkan "Morning Sickness"
Antara
khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah
yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
7) Penawar
racun
Air kelapa
muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam
lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan
sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang
mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
8)
Meningkatkan HDL
Air kelapa
muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda
mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.
9) Membantu
proses bersalin
Kandungan
elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai
pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu
proses bersalin dengan lebih lancar.
Tuesday, June 3, 2014
Check list barang keperluan mama & baby untuk harian dan untuk dibawa sewaktu di Hospital
Waktu nak kahwin dulu sibuk buat check list kahwin. Sekarang mestila
ada check list keperluan mama & baby pulak. Bila ada check list lebih mudah
nak kenal pasti barang apa yang dah beli dan
belum lagi. Yaya siap buat table lagi, print then tampal dekat buka
kesayangan yang selalu dibawa kemana saja.
KEPERLUAN BABY ( PAKAIAN)
Barang
|
Remark
|
1) Bakul pakaian bayi
2) Baju Lengan Panjang 3) Baju Lengan Pendek 4) Seluar Panjang 5) Seluar pendek 6) Rompers 7) Mittens & Booties- 8) Bonnet @ Topi- 9) Baby Bip- 10) Barut- 11) Bedung |
DIAPERING
Barang
|
Remark
|
1) Napkin
2) Baby pin
3) lampin pakai buang
4) Wet tisssue 5) Changing mat-tukar lampin 6) Nappy liners 7) Baldi dan bakul untuk lampin / baju kotor 8) Detergent khas pencuci baju 9) Botol sembur air |
BABY CARE & GROOMING
Barang
|
Remark
|
1) Bakul Barang Mandian
2) Baby Bath
3) Baby Shampoo
4) Baby Powder
5) Baby lotion
6) Baby oil
7) Tab Mandian Bayi
8) Tuala mandi 9) Tuala muka
10) Bakul Barangan
Grooming &Health Care
11) Minyak Telon
12) Nappy rush cream
13) Vicks 14) Methylated Spirit- Alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh 15) Gripe water / Colic water (untuk kembung perut bayi)
16) Gunting Kecil
17) Pemotong Kuku
18) Nasal Aspirator
19) Termometer
20) Sikat / Berus Rambut
21) Toothbrush
22) Cotton Bud
23) Cotton ball |
BARANGAN BREASTFEEDING
Barang
|
Remark
|
1) Botol Susu
2) Puting 3) Berus pembersih botol 4) Penyepit botol 5) Sterilising tablet 6) Cecair pencuci botol 7) Breast Pump Set
8) Cooler Bag Set
9) Warmer (tempat
menyimpan botol susu yang dah bancuh)
10) Bottle Sterilizer
11) Storage Bottle
12) Nursing Cover
13) Nursing Bra
14) Nursing pad washable
15) Nursing pad disposal
16) Termos |
NURSERING- KEPERLUAN TIDUR BABY
Barang
|
Remark
|
1) Set tilam
2) Extra tilam nipis bear 3) Comforter 4) Kelambu 5) Baby cot @ play pen |
BARANGAN ASAS UNTUK MAMA
Barang
|
Remark
|
1) Set Selepas Bersalin
2) Bengkung
3) Baju Sejuk
4) Tungku Moden.
5) Selipar
6) Kain Batik
7) Pad (Extra Long)
8) Stoking
9) Minyak urut
|
KELENGKAPAN LAIN
Barang
|
Remark
|
1) Stroller
2) Car seat
3) Baby carrier
4) Diapers bag
5) Mainan untuk play pen
6) Bouncer |
BEG HOSPITAL MAMA
Barang
|
Remark
|
1) Buku Rawatan Merah
2) Kad Pengenalan
3) Guarantee Letter
4) Telefon Bimbit
5) Kamera -
6) Baju / T-Shirt
7) Kain Batik
8) Tudung / Skaf
9) Stoking
10) Baju Dalam / Seluar
Dalam
11) Tuala Muka
12) Peralatan Mandi
13) Tuala Mandi
14) Bedak
15) Sikat
16) Maternity Pad
17) Pad Biasa
18) Breast Pad
19) Baju Sejuk
20) Selipar
21) Beg Plastik Baju Kotor
22) Minyak Angin / Urut
23) Beg Pakaian
24) Getah rambut
25) Disposable panties (1set)
|
BAKUL HOSPITAL MAMA
Barang
|
Remark
|
1) Air Selusuh
2) Air Zam-Zam
3) Makanan / Minuman(
biskut/roti/milo segera)
4) Termos Panas
5) Majalah / Buku /
Al-Quran
6) Tisu
7) Bakul
|
BEG HOSPITAL BABY
Barang
|
Remark
|
1) Pampers New Born
2) Baju Siang /
Malam (panjang)
3) Seluar Siang /
Malam (panjang)
4) Mitten &
Booties
5) Bedung
6) Barut
7) Topi
8) Selimut
9) Tuala Mandi
Baby
10) Tuala
Muka
11) Baby
Wipes
12) Baby Bath
13) Baby Shampoo
14) Baby
Powder
15) Baby Lotion
16) Baby Oil
17) Vicks
18) Minyak Telon
19) Diaper Beg
20) Napkin |
Percutian singkat ke sabah
Masa tidak mengizinkan
Yaya & Huby berada disabah untuk tempoh masa yang lama disebabkan Yaya dah
5 bulan pregnant. Sepatutnya tarikh ke sabah pada 13 September 14 iaitu tarikh
lahir Huby. Perancangan dibuat oleh adik beradik Huby. Tapi Allah lagi maha
berkuasa, Allah memberi rezeki anak pada kami,due pada bulan 9. Disebabkan tu
la Yaya & Huby mempercepatkan pada bulan 5 our Holiday.
Kami menginap di Prescott Hotel
Sampai je terus check in, rehat
untuk beberapa jam. Huby pegi round sekeliling sorang-sorang sebab dia risau
Yaya tak larat nak berjalan almaklumlah berbadan dua. Hotel terletak di tengah
bandar. Kiri kanan ada kedai makan dan juga mall mudah untuk membeli belah.
Hanya jalan kaki je bila nak pergi shoping ke Pasar Filipina.
Kemana je tempat yang
Yaya & Huby pergi
Pasar Filipina Sabah
Disini la tempat yang
murah untuk membeli belah. Pasar Filipina
terbahagi kepada dua bahagian iaitu asar basah dan pasar kering. Apa yang
menarik di pasar kering adalah kraftangan dan cenderahati. Juga Kaya
dengan mutiara yang dijadikan rantai, keronsang, subang, butang baju melayu dan
pelbagai lagi. Kristal di sini pun murah dan berkualiti.
Kalau pasar basah terkenal dengan hasil laut contohnya ikan
kering, keropok dari hasil laut yang dibuat oleh orang Sabah dan hasil laut
yang fresh.
Paling mudah
mencari snek yang murah dan pelbagai disini dan juga masih boleh tawar menawar
harga.
Next post
baru sambung untuk next trip sebab mama malas nak menaip......
Subscribe to:
Posts (Atom)