Wednesday, January 2, 2013

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin di Negeri Pahang





1. Pendahuluan


1.1 Setiap perkahwinan yang akan dilangsungkan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran

daripada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah.


1.2 Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin perlu mengikut peraturan- peraturan yang telah

ditetapkan oleh Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam 2005.


2. Borang Permohonan

2.1 Pemohon hendaklah mengunakan Borang 1(Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin) yang boleh didapati :

a) Di Pejabat Agama Islam Daerah dengan bayaran RM 1.00
 


b) Muat Turun melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Pahang di alamat

 


3. PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat-maklumat yang terkandung dalam borang

permohonan kebenaran berkahwin (Borang 1) berdasarkan kepada kesesuaian jantina seperti yang dinyatakan di dalam borang.
Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon semasa mengisi borang adalah seperti berikut :



3.1 MAKLUMAT PEMOHON



3.1.1 Pemohon hendaklah menandakan jantina pemohon di petak yang disediakan.


3.1.2 Jika pemohon menandakan jantina lelaki, maklumat pemohon di para “A”adalah lelaki dan maklumat pasangan di para “B” adalah perempuan.

 
3.1.3 Jika pemohon menandakan jantina perempuan, maklumat pemohon di para “A” adalah perempuan dan maklumat pasangan di para “B” adalah lelaki.

3.2 UMUR









 





3.2.1 Pemohon lelaki hendaklah berumur genap 18 tahun dan perempuan hendaklah berumur genap 16 tahun semasa permohonan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
Contoh: Seorang Pemohon lelaki telah mengemukakan permohonan ke Pejabat Agama Islam Daerah pada 25 Febuari 2010. Tarikh lahir pemohon ialah 14 Mac 1992.Umur Pemohon pada tarikh permohonan tersebut ialah 17 tahun 11 bulan 13 Hari.
 
Pemohon masih dikira belum genap umur 18 tahun.

3.2.2 Jika umur pemohon masih belum mencapai umur yang tersebut di atas, permohonan akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah.

3.2.3 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a))”.
 
3.2.4 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a)) ” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


 
3.3 MAKLUMAT WALI



3.3.1 Pemohon hendaklah memastikan wali yang betul mengikut susunan wali yang dinyatakan di atas.
 
3.3.2 Perpindahan wali ke wali yang berikutnya hanya disebabkan oleh kematian /belum baligh / tidak siuman /atau sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak.

3.3.3 Jika wali telah meninggal dunia, pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati wali setiap susunan DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa bagi pemohon anak perempuan atau wali adik beradik lelaki.
Contoh 1: Jika wali pemohon adalah datuk. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati bapa DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa

3.3.4 Sekiranya gagal mengemukakan salinan sijil mati / salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa, pemohon hendaklah membawa dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan semasa pemohon menghantar borang permohonan.
 
3.3.5 Jika wali pemohon belum baligh DAN di bawah umur 15 tahun Qamariah pemohon hendaklah membawa
dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan wali pemohon belum baligh semasa menghantar borang permohonan

3.3.6 Permohonan kebenaran berkahwin akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah jika :

a) Wali tidak dapat dikesan ( wali ghaib).

Contoh : Seorang pemohon perempuan telah tinggal bersama keluarga angkat sejak lahir. Beliau dan keluarga angkat tidak mengetahui tempat tinggal bapa kandung dan tidak mengetahui samada bapa telah meninggal atau masih hidup.

b) Tiada wali nasab (tiada wali seperti susunan di atas).Contoh saudara baru yang tidak mempunyai wali, anak tidak sah taraf, dll

c) Wali Enggan untuk menjadi wali.


Contoh : Seorang pemohon perempuan ingin berkahwin tetapi tidak mendapat

3.3.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c)) ”.
 
 3.3.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c)) ” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


 
3.3.9 Pemohon hendaklah memastikan wali telah menandatangani di ruang disediakan.



3.3.10 Jika Wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan, pemohon hendaklah melengkapkan Borang Izin dan Wakalah ( JAIP.US.15 ).


3.4 STATUS
 
3.4.1 Pemohon hendaklah menentukan status perkahwinan.
3.4.2 Jika status perkahwinan pemohon adalah beristeri atau duda cerai hidup sedangkan bekas isteri masih dalam iddah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berpoligami daripada Mahkamah Syariah sebagai ganti akuan bujang yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.3 Jika status perkahwinan pemohon adalah janda atau balu, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan yang dinyatakan di dalam senarai semak.

 

3.4.4 Jika status perkahwinan pemohon adalah Teruna/Dara/Thayyib (perempuan yang pernah bersetubuh), pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan status seperti yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.5 Pengesahan majikan yang beragama Islam sahaja diperakui jika pengesahan status ditandatangani oleh Majikan.


 
3.4.6 Jika status perkahwinan pemohon Janda berhias (seorang perempuan yang telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya) yang belum habis iddah perceraian

bukan Janda berhias seorang perempuan yang bercerai dan telah disetubuhi oleh suaminya) , hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

3.4.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias) Subseksyen 18(1)(b))”.

3.4.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang PermohonanBernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias ( Subseksyen 18(1)(b))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .

 


3.5 Permastautinan


3.5.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan permastautinan jika alamat sekarang tidak sama dengan kad pengenalan.
3.6 PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR (WALI HAKIM)


 
3.6.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar (Wali Hakim)daripada tempat pemohon tinggal.


PERINGATAN.

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah sebulan dari tarikh cadangan berkahwin.

2. Borang permohonan dianggap lengkap apabila telah mengisi semua maklumat yang diperlukan dan menyertakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam senarai semak.

3. Bagi Pemohon dan pasangan di dalam daerah yang sama borang permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan serentak ke Pejabat Agama Islam Daerah.

4. Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima oleh Pejabat Agama Islam Daerah.


5. Kebenaran berkahwin tidak dapat dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima disebabkan perkara-perkara berikut:

5.1 Permohonan berkahwin yang dilanjutkan ke Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan di para 3.2.2, 3.3.6 dan 3.4.6 panduan ini.

5.2 Gagal mengemukakan 2(dua) orang saksi seperti yang dinyatakan di para 3.3.4 dan 3.3.5panduan ini.

5.3 Gagal mengemukakan borang izin dan wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan.
 
5.4 Borang wakalah tidak ditandatangani oleh Qadhi / Pendaftar di tempat walinya tinggal.

5.5 Sebahagian maklumat
 
 
Hanya clik link di bawah untuk download borang :



 
 










 
 

Monday, December 31, 2012

Saujana Hijau....kami berdating



Dating lagi.......


Setelah kenyang makan kenduri kawen Nabila & Azwan saya & en tunang bercanda di saujana hijau. tempat joging yg selalu kami pergi, now ramai memilih saujana hijau utk sesi photoshoot wedding. Penah satu hari tu lebih 5 pasangan pegantin yang buat photoshoot kat situ.Malu time tu nak lari depan dieorang. Saujana Hijau ni sesuai untuk tempat beriadah bersama family.Udara nyaman sangat mcm kat bukit tinggi(hanya bayangan).







Nak tgk lagi tak pemandangan Saujana Hijau bukannye pasangan yg mabuk cinta ni just CLICK

Wedding Theme Colour




Cerita tentang persiapan kawen je, kepala jadik pening. Sendiri yg buat pening. Nak pilih colour tu la ni lah. Nasib la en tunang selalu je yg tolong fikirkan.En tunang bagi pendapat then kami discuss.... resultnye dah dapat colour

Nikah


Of cos putih...nampak sangat suci murni...secuci kasih adam hawa (hehe). Tapi sebenarnye kain nikah en tunang bagi time hantaran tunang. Abg en tunang belikan kat bandung.Alhamdulilahlah kain lace tu dah full beading so xpayah berusaha sangat membeading. Mula2 mak en tunang nak belikan kat Thailand katanye then xda yg berkenan tapi dapat la sepasang kain utk dibuat baju kurung tapi xbuat lagi (terima kasih bakal ibu).Berbalik pada topik asal kain lace tu akan dijahit untuk baju nikah...sepakat utk memilih putih (sepakat membawa berkat..cantik sangat kain tu.......so jom hantar jahit

Sanding(Pempuan)



Mula2 nak colour pink or peach,but my sister(sarah) time nikah dia pakai colour tu,sangat cantik utk kulit dia. Banyak search kat tenet, tgk warna2 yang sesuai. Pink belacan pun cantik tapi macam xkene if en tunang pakai Xpenah plak nampak dia ada baju pink.Tp en tunag bukan kisah sangat Fikir punya fikir...tinjau punya tinjau at the end gold + krim. Ada ke gold + krim...padahal gold yg xterang.

Bertandang (laki)



Totally menyerahkan pada en tunang untuk pilih...biasalah laki mesti la suka biru.Laki senangkan xpayah fikir panjang..Tapi tiap kali pakai biru mesti nampak muka macam pelik sikit.(perasaan je tu). So nanti nak jahit manik mesti lah en tunang pilih & BAYAR ye (hehe)

Thursday, December 6, 2012

Sample Wedding Dress




Wedding Dress yang menjadi rujukan


Makin lama makin cantik2 baju pengantin.Harga pun apatah lagi bertambah2 cantik. Untuk Wedding Dress ni, samaada nak sewa or beli mengikut kemampuan masing2 lah.Sekarang ni sewa n beli harga dah macam lebih kurang jugak.

Pic bawah ni antara butik bridal yg menjadi rebutan cos wedding dress sgt tip top

                                Rumah Kebaya Malaysia

 
 
Rins Suzana Butik


 
 
Shanell Harun
 
 

banyak lagi designer & Butik Bridal yang menyediakan pelbagai baju yang cantik2, make up pun sangat wow

Senarai Semak :8-6 Bulan Sebelum Perkahwinan


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:





Get prepare before kahwin..step by step bagus untuk mengelakkan ada pape yg tercicir walaupun tetap ada je yg terlupa nak buat..Semoga Allah merahmati setiap liku2 perjalan ke arah kebaikan...

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:




Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Bagi pengantin lelaki:

•
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

 

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
•
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•
Membeli cincin kahwin.
•
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

 

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

•
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

•
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

 

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Membeli barang kemas
•
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

 

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

•
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

 

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

•
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

•
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

 

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

•
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•
Cincin / gelang tangan / rantai.
•
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
•
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

 

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

•
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

•
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

•
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

 

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

•
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.