Thursday, January 3, 2013

Prosedur Perkahwinan di Selangor



Sebab en tunang dari selangor so saya just sharekan prosedur perkahwinan di selangor







 PERHATIAN

* Prosuder harus dimulakan dengan pihak Lelaki .
* Jika pihak Lelaki berasal dari negeri lain tapi telah menetap di Selangor lebih dari 4 bulan maka beliau layak mendafar nikah di negeri Selangor .
* Jika pihak Lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar Qaryah beliau dengan mengisi borang 2A. Surat kebenaran akan dikeluar kan dan surat itu boleh lah diberikan pada pihak perempuan.
* Pihak Lelaki yg berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini :
Lelaki

1.Hadir ke kursus perkahwinan

2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

Form nie dah x perlu diambil di PAID or JAIS..Form nie ada dekat Klinik yang terlibat. hanya Klinik Kerajaan sahaja. bayaran rm 1. HIV nie valid dalam tempoh 6 bulan. nie senarai klinik di kawasan Selangor yang boleh buat ujian HIV.

3.Isi borang 2A online dan cetak dan lampirkan dokumen sokongan

Form untuk lelaki dan perempuan tak sama tau. OKEH SILA AMIK PERHATIAN :
Sekarang nie tak perlu amik borang di PAID , JAIS . Borang Download pun dah x de. Borang nikah sekarang diisi secara ONLINE. makna nye kite isi borang ONLINE dan cetak borang tu ..itu cara nye sekarang …
jadi kawan2 boleh terus ke laman web nie untuk isi online :

 
Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bg Jais. Daftar kan dulu diri anda di ruangan dan isi semua maklumat yg diperlukan… dan daftar. Login dan pilih Perkahwinan dan pilih borang 2A dan isi. kemudian cetak kan borang tu…
Cetak tapi JANGAN tandatangan dulu yea. Pengesahan pun kena buat,dalam form dah explain siapa yang boleh sahkan.Bukan semua orang boleh yea. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN




**
SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)

**
SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)

**
SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)

**
KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV

**
SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)

**
SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).

**
SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)

**
SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)

**
SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)

**
SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)

4. Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Qariah

pihak lelaki mesti membawa 2 orang saksi yang mengenali dia berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Masa inilah, baru pemohon dan 2 orang saksi akan tandatangan borang permohonan nikah di hadapan PPN. Kalau anda sukar membuat temujanji dengan PPN Qariah, Still boleh jumpa Pendaftar di JAIS or PAID.

5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID

PAID? Apakah? PAID tue Pejabat Agama Islam Daerah. Selepas settle, pihak lelaki kena pergi PAID (ikut lah daerah mana nak nikah; ex:Petaling). Bawa sekali permohonan nikah yang telah disahkan dan diluluskan oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak (ikut checklist yang disertakan). Complete, then bayar rm10 and PAID akan bagi surat kebenaran untuk nikah.

6. Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan

Bersama-sama surat kebenaran nikah yang diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh PAID, pihak lelaki kena serahkan kepada pihak perempuan pulak.
*Pihak perempuan perlu menunggu borang kebenaran nikah dari pihak lelaki dahulu baru pihak perempuan mendaftar kan nikah nye. prosuder lebih kurang same dengan yg lelaki. perbezaaan nye pihak perempuan perlu dua borang untuk diisi kan :

Perempuan

1.Hadir ke kursus perkahwinan

2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

Form nie dah x perlu diamabil di PAID or JAIS..Form nie ada dekat Klinik yang terlibat. hanya Klinik Kerajaan sahaja. bayaran rm 1. Tak lama pun ujian HIV nie, and tak sakit pun. So, jangan takut ;p.Oh, ujian HIV nie valid dalam tempoh 6 bulan. nie senarai klinik di kawasan Selangor yang boleh buat ujian HIV.
klik di http://www.jais.gov.my/info/klinik.doc

3.Isi borang 2C dan 2D online dan cetak dan lampirkan dokumen sokongan

OKEH SILA AMIK PERHATIAN :
Sekarang nie tak perlu amik borang di PAID , JAIS . Borang Downoad pun dah x de. Borang nikah sekarang diisi secara ONLINE. makna nye kite isi borang ONLINE dan cetak borang tu ..itu cara nye sekarang …jadi kawan2 boleh terus ke laman web nie untuk isi online :


Ini lman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bg Jais. Daftar kan dulu diri anda di ruangan dan isi semua maklumat yg diperlukan… dan daftar. Login dan pilih Perkahwinan dan pilih borang 2C dan 2D dan isi. kemudian cektak kan borang tu…
Cetak tapi JANGAN tandatangan dulu yea. Pengesahan pun kena buat,dalam form dah explain siapa yang boleh sahkan.Bukan semua orang boleh yea. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :
#SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
Kat bawah nie pulak adalah rujukan wali yang sah, jika wali tidak dapat hadir pada hari akad makanya boleh lah mengwakalah kan wali kepada org lain.
1 . Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.

4. Dapatkan kebenaran nikah dari Penolong Pendaftar Nikah mengikut Qariah

Selesai isi borang permohonan nikah, pemohon, wali dan 2 orang saksi kena jumpa PPN Qariah yang telah ditetapkan.nak senang kalau nak tau sape PPN Qaryah korang boleh cr masjid yg terdekat dekat rumah korang dan boleh anye Imam or sesape jawatan kuasa masjid itu.. selalu nya satu masjid , mesti ade sorang… Ingat, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja.

5. Dapatkan kebenaran nikah dari PAID

Selepas mendapat kebenaran untuk nikah, pihak perempuan mesti membawa kebenaran nikah pihak lelaki dan permohonan nikah dari pihak perempuan ke PAID.Pegawai dari PAID akan semak dan kita kena bayar rm10 untuk mendapatkan surat kebenaran nikah.

6. Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah

Then, pihak perempuan akan serahkan kebenaran untuk berkahwin lelaki+perempuan ke PPN Qariah. PPN ni yang akan nikahkan kita.
*Prosedur ini, hendaklah dilakukan 2bulan sebelum majlis akad nikah….SELESAI……Selesai semua ni, akad nikah akan dijalankan di qariah atau mana-mana yang ditetapkan dan dipilih oleh pihak perempuan.

http://webzoom.freewebs.com/kursuskahwin/documents/BorangPemastautin1A.pdf

Wednesday, January 2, 2013

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin di Negeri Pahang





1. Pendahuluan


1.1 Setiap perkahwinan yang akan dilangsungkan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran

daripada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah.


1.2 Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin perlu mengikut peraturan- peraturan yang telah

ditetapkan oleh Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam 2005.


2. Borang Permohonan

2.1 Pemohon hendaklah mengunakan Borang 1(Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin) yang boleh didapati :

a) Di Pejabat Agama Islam Daerah dengan bayaran RM 1.00
 


b) Muat Turun melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Pahang di alamat

 


3. PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat-maklumat yang terkandung dalam borang

permohonan kebenaran berkahwin (Borang 1) berdasarkan kepada kesesuaian jantina seperti yang dinyatakan di dalam borang.
Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon semasa mengisi borang adalah seperti berikut :



3.1 MAKLUMAT PEMOHON



3.1.1 Pemohon hendaklah menandakan jantina pemohon di petak yang disediakan.


3.1.2 Jika pemohon menandakan jantina lelaki, maklumat pemohon di para “A”adalah lelaki dan maklumat pasangan di para “B” adalah perempuan.

 
3.1.3 Jika pemohon menandakan jantina perempuan, maklumat pemohon di para “A” adalah perempuan dan maklumat pasangan di para “B” adalah lelaki.

3.2 UMUR









 





3.2.1 Pemohon lelaki hendaklah berumur genap 18 tahun dan perempuan hendaklah berumur genap 16 tahun semasa permohonan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
Contoh: Seorang Pemohon lelaki telah mengemukakan permohonan ke Pejabat Agama Islam Daerah pada 25 Febuari 2010. Tarikh lahir pemohon ialah 14 Mac 1992.Umur Pemohon pada tarikh permohonan tersebut ialah 17 tahun 11 bulan 13 Hari.
 
Pemohon masih dikira belum genap umur 18 tahun.

3.2.2 Jika umur pemohon masih belum mencapai umur yang tersebut di atas, permohonan akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah.

3.2.3 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a))”.
 
3.2.4 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a)) ” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


 
3.3 MAKLUMAT WALI



3.3.1 Pemohon hendaklah memastikan wali yang betul mengikut susunan wali yang dinyatakan di atas.
 
3.3.2 Perpindahan wali ke wali yang berikutnya hanya disebabkan oleh kematian /belum baligh / tidak siuman /atau sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak.

3.3.3 Jika wali telah meninggal dunia, pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati wali setiap susunan DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa bagi pemohon anak perempuan atau wali adik beradik lelaki.
Contoh 1: Jika wali pemohon adalah datuk. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati bapa DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa

3.3.4 Sekiranya gagal mengemukakan salinan sijil mati / salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa, pemohon hendaklah membawa dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan semasa pemohon menghantar borang permohonan.
 
3.3.5 Jika wali pemohon belum baligh DAN di bawah umur 15 tahun Qamariah pemohon hendaklah membawa
dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan wali pemohon belum baligh semasa menghantar borang permohonan

3.3.6 Permohonan kebenaran berkahwin akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah jika :

a) Wali tidak dapat dikesan ( wali ghaib).

Contoh : Seorang pemohon perempuan telah tinggal bersama keluarga angkat sejak lahir. Beliau dan keluarga angkat tidak mengetahui tempat tinggal bapa kandung dan tidak mengetahui samada bapa telah meninggal atau masih hidup.

b) Tiada wali nasab (tiada wali seperti susunan di atas).Contoh saudara baru yang tidak mempunyai wali, anak tidak sah taraf, dll

c) Wali Enggan untuk menjadi wali.


Contoh : Seorang pemohon perempuan ingin berkahwin tetapi tidak mendapat

3.3.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c)) ”.
 
 3.3.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c)) ” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


 
3.3.9 Pemohon hendaklah memastikan wali telah menandatangani di ruang disediakan.



3.3.10 Jika Wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan, pemohon hendaklah melengkapkan Borang Izin dan Wakalah ( JAIP.US.15 ).


3.4 STATUS
 
3.4.1 Pemohon hendaklah menentukan status perkahwinan.
3.4.2 Jika status perkahwinan pemohon adalah beristeri atau duda cerai hidup sedangkan bekas isteri masih dalam iddah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berpoligami daripada Mahkamah Syariah sebagai ganti akuan bujang yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.3 Jika status perkahwinan pemohon adalah janda atau balu, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan yang dinyatakan di dalam senarai semak.

 

3.4.4 Jika status perkahwinan pemohon adalah Teruna/Dara/Thayyib (perempuan yang pernah bersetubuh), pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan status seperti yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.5 Pengesahan majikan yang beragama Islam sahaja diperakui jika pengesahan status ditandatangani oleh Majikan.


 
3.4.6 Jika status perkahwinan pemohon Janda berhias (seorang perempuan yang telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya) yang belum habis iddah perceraian

bukan Janda berhias seorang perempuan yang bercerai dan telah disetubuhi oleh suaminya) , hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

3.4.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias) Subseksyen 18(1)(b))”.

3.4.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang PermohonanBernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias ( Subseksyen 18(1)(b))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .

 


3.5 Permastautinan


3.5.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan permastautinan jika alamat sekarang tidak sama dengan kad pengenalan.
3.6 PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR (WALI HAKIM)


 
3.6.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar (Wali Hakim)daripada tempat pemohon tinggal.


PERINGATAN.

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah sebulan dari tarikh cadangan berkahwin.

2. Borang permohonan dianggap lengkap apabila telah mengisi semua maklumat yang diperlukan dan menyertakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam senarai semak.

3. Bagi Pemohon dan pasangan di dalam daerah yang sama borang permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan serentak ke Pejabat Agama Islam Daerah.

4. Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima oleh Pejabat Agama Islam Daerah.


5. Kebenaran berkahwin tidak dapat dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima disebabkan perkara-perkara berikut:

5.1 Permohonan berkahwin yang dilanjutkan ke Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan di para 3.2.2, 3.3.6 dan 3.4.6 panduan ini.

5.2 Gagal mengemukakan 2(dua) orang saksi seperti yang dinyatakan di para 3.3.4 dan 3.3.5panduan ini.

5.3 Gagal mengemukakan borang izin dan wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan.
 
5.4 Borang wakalah tidak ditandatangani oleh Qadhi / Pendaftar di tempat walinya tinggal.

5.5 Sebahagian maklumat
 
 
Hanya clik link di bawah untuk download borang :