Sunday, May 26, 2013

Persiapan Kahwin - Questbook DIY


 


 
 
Apakah Questbook

Quest Book (buku tetamu) adalah sebuah buku untuk tetamu mengakui kehadira di sesebuah majlis, dan meninggalkan butir-butir seperti nama dan apa-apa ucapan/komen. Kebiasaanya Quest Book dihias cantik dengan pelbagai tulisan dan warna-warna yang menarik di letakkan diatas meja menyambut tetamu  di majlis perkahwinan. Ia mampu menarik minat para tetamu untuk berkongsi perasaan bersama pasangan pengantin.

Kenapa Perlu Ada Questbook

Bagi pendapat saya, Kita sebagai pengantin di hari majlis nanti tak menang tangan melayan tetamu.Mayb kita xsempat melayan sahabat baik sendiri. Jadi Questbook ni penyelamat untuk kita tahu kawan kita datang ke tak. So xperlu la kita dengan malunya tanya lagi “ Hmm awak datang tak majlis saya” .Lagi satu ucapan yang diucap ketelinga kita kadang-kadang dalam masa beberapa jam kita boleh lupa. Tapi ucapan yang ditulis ni boleh menjadi kenangan.Kita boleh simpan ke anak cucu cicit...tak ke romantik tu.

Questbook ni boleh dibuat sendiri je. Sy DIY je sendiri. Beli sketch book saiz A3 then hias dengan kain lace dan kain satin mengikut tema color majlis. Kain ni semua pakai kain yang terpakai so jimat dan tak membazir.

Jumlah kos untuk guestbook ini:

 

Buku skecth = RM16.90

Satin putih = Kain lebihan

Kain Lace = Kain Lebihan

Gam Uhu =  Yang sedia ada

Untuk siapa yang lebih suka membeli siap ada banyak vendor yang jual Quest book yang cantik-cantik.So siapa yang nak try beli meh kita ushar vendor yang menyediakan pakej quest book yang menarik

List Vnedor for Questbook



 Jom Cuci mata tengok contoh Questbook source from Google.



 







 
 

Thursday, May 23, 2013

Review Baju Nikah - 1







Alhamdulilah diberikan kasihatan yang baik…..Baju nikah dah siap. Segalanya menepati apa yang sy bayangkan. But still ada but, kain tu tailor buat panjang. Cakap dekat dia buat ngam-ngam dengan tinggi. Tapi dia still buat ekor tu labuh ke belakang, depan ok je. Memang cantik tapi  tak ke macam baju nak sanding pulak. Tapi En Tunang kata ok je so no alteration made. Kain  tu En Tunang yang bagi (sponsor by bakal mak mentua). Tailor yang sy hantar kain ni banyak menerima tempahan dress wedding dan banyak lagi baju berfesyen. Lim nama dia, yes tailor cina. Baju nikah ni sy buat dress tapi still ada ciri2 baju kurung moden…macam mana tu. Nampak macam 2 pieces, but actually 1 piece. Design tangan baju ni Nampak ala-ala muslimah sikit. Dah crowded dengan manik, bukan jahit sendiri tapi memang kain ni full bead. Kenapa tak hantar kat tailor Melayu sebabnya dah survey tapi agak mahal juga la harga ambil then time survey kat Lim terus En Tunang agree nak tempah kat sini. So Boss already speaks out. Untuk bakal-bakal pengantin ni nasihat saya satu je if nak tempeh baju rajin-rajinlah survey mana quality jahitan dan harga yang bagus. Memang lah ramai kata nak yang cantik harga pun cantik…ikut kemampuan masing2 k. Ada sorang kawan saya ni dia memang tempah baju kahwin,nikah,tunang dekat tailor yang ternama..bukan niat dia untuk belagak or menunjuk, dia mampu untuk semua itu dan dia amat pentingkan quality. Jadi jangan antara kita jealous bila seseorang tu dapat lebih baik dari kita. Masing-masing ada rezeki masing-masing, doakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Biar cemburu yang membawa kebaikan jangan cemburu yang membawa padah. Dosa dapat dan hati pun sakit. Lagi satu jangan ikut sangat orang, means kawan kita tempah baju kat tailor terkenal contoh macam hatta dolmat , kita pun nak jugak tapi xfikirkan budget. Parah jadinya nanti..fikir sebelum anda buat. Sejujurnya saya tempah pada tailor yang saya mampu sahaja, ikut cita rasa sendiri sebab saya xmengeluarkan budget yang tidak terlalu banyak untuk majlis kahwin ni because life after marriage is more important to me.

Ni la kain untuk baju nikah


Monday, May 13, 2013

SKYTREX ADVENTURE


 
 
 
Hari minggu yang sangat adventure (utk saya lah). Sebelum kahwin ,masih hidup bujang macam ni boleh la melakukan aktiviti lasak. Bila dah kawin nanti kene fikir setiap sudut, tak kan sangup tiggal anak. So minggu lepas bersama En Tunang & 3 orang lagi officemate (Anis, Farish& Amir) mencabar diri untuk pg sky trex ,bukit cahaya shah alam. Mula-mula berdebar sikit…huhu sikit je tapi paling belagak adalah Amir, Farish paling cool. Tapi at the end kita tau sapa yang paling takut….(dimenangi oleh Amir). Yang relax  Anis & En Tunang. Tapi memang kenangan yang best, menguji ketakutan kita pada ketinggian. Anis ikut yaya & En Tunang. Start pada jam 9 Am tapi sepatutunya kene standby sana at  8.30 Am disebabkan ada masalah technical yang tak dapat dielakkan kami sampai lambat so Amir & Farish sempat la mengira kereta dekat parking sementara tunggu kami bertiga. .Dalam 2.30 jam jugak lah baru abis semua challenge, semua ada dalam 26 challenge, kami ambil Big Thrill RM 45. After habis semua games kami pg singah makan di restoran mee ketam walaupun badan bau macam ketam. Take note ,lain kali bawa baju lebih ye.
3 types of course:

1. Little Adventure (LA) - RM 35.00

2. Big Thrill (BT) - RM 45.00
3.Extreme Challenge (XT)
- RM 55.00

THE COURSE

SKYTREX Initiation

Every participants will have to go through the initiation circuit before climbing Little adventure or Big Thrill or Extreme Circuits. It is compulsory. The participant will learn how to use the PPE(Personal Protective Equipment) he is wearing and he will be trained to use te PPE incompliance with the safety system in place.
Little Adventure

This little circuit consists of 23 adventure challenges with difficulty level ranging from “easy“
to “difficult“. The challenges are named after common animals behavior such as “Rubah Terbang“ (Flying Fox), “Tulang Naga“ (Dragon Bones), “Jungkit Arnab“ (Rabbit Flip-Flop) and many more. End the activity with the “70m flying fox “ which takes you across 2 lakes to the finishing point. The various challenges is guaranteed to keep the children, and also the less adventurous adults, busy but happy throughout the day. Platform height between 3m to 5m.

Time to complete: Approximately 0.5 hour for each round. Each group is entitled to 2 hours (max) of unlimited rounds
Minimum height requirement:
1.1 m

WARNING: Kids below 8 Years Old MUST be accompanied by an Adult climbing:
1 Adult for max 2 Kids below 8 Years Old

Maximum weight:
100 kg

Big Thrill

This circuit consists of 26 thrilling challenges with various level of difficulty raging from
“easy“ to “very difficult“. With some of the platforms reaching the height of 17 meters, feel the adrenaline while crossing the “Crazy Zig-Zag“ and flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle. Hold your breath while crossing “The Earthquake“, test your ability to leap at the “Happy Hopper“ and end the adventure with the grand finale, the 100 meters “Wild Revenge“ which will take you to the finishing platform at an exhilarating speed.

Time to complete: 2 hours to 3 hours
Minimum height requirement:
1.4 m

WARNING: Kids below 13 Years Old (if satisfy the minimum height requirement) MUST be accompanied by an Adult climbing:
1 Adult for max 1 Kid below 13 Years Old

Maximum weight:
100 kg

Extreme Challenge

This new circuit is the latest addition to the park and boasts 34 extreme challenges with some platforms reaching the height of 22 meters. A demanding experience for the adrenaline junkies, it is the final step in discovering the pleasure of skytrex's high rope courses.

Time to complete: Approximately 2 - 3 hours
Minimum height requirement:
1.4 m

WARNING: Kids below 13 Years Old (if satisfy the minimum height requirement) MUST be accompanied by an Adult climbing:
1 Adult for max 1 Kid below 13 Years Old

Maximum weight:
100 kg
 
 
  

















Mee Ketam
 

Waktu Sesuai Untuk Bakal Pengantin ke SPA



Kerana Diriku Begitu Berharga


 
 
 
Siapa suka pergi spa, Yes kebanyakan wanita memang suka. Bila diri dimanjakan memang nikmatnya perasaan. Bukan je release tension malahan kulit jadi gebu, muka licin, lenguh-lenguh badan hilang tapi duit pun hilang hehe. Tak mengapa keluarkan sikit duit untuk kecantikan luar dan dalam. Kita dah penat bekerja perlulah bagi reward pada diri sendiri lagi-lagi untuk bakal pengantin.

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk bakal pengantin pergi ke Spa?

Sy ada buat tinjauan mengenai isu spa ni dan dari tinjauan yang sy dapat, kebanyakan bakal pengantin buat dalam tempoh 1-2 hari sbelum kahwin, sebabnya keranatidak ada masa. Tapi make sure mereka tidak menyentuh jerawat. Kerana takut esoknye muka jadi bengkak-bengkak. Rawatan yang sesuai 1-2 hari sebelum kahwin adalah manicure, pedicure, milk bath, scrub dan spa therapy.

Tapi sebenarnya seelok-eloknye 1-2 bulan sebelum majlis utk memastikan pengantin mendapat rawatan spa secara intensif. Jika nak buang  bintik hitam/putih atau jerawat boleh la buat facial muka tanpa perlu risau muka bengkak, tapi jika ada yang kulit sensitive dgn product pencuci lain better just buat rawatan untuk kepala dan seluruh badan sahaja kuatir ada alahan pada muka.

Sy penah pg spa dekat Putrajaya,P.Diplomatik,nama spa tu D’Aura spa. Hanya buat massage seluruh badan sebab belakang rasa sakit, rupanye tulang hanpir tergeliat.memang rasa bengkak.Nak drive pun pegang stering ke kiri sakit sangat.Buat keje pun sakit memang teruk lah time tu.After keje pg cari tempat mengurut, semua tutup jam 6-7 PM. Menagislah tahan sakit yang teramat sangat. Esoknya search la mana tempat boleh mengurut then jumpe la D’Aura spa yang buka until 10 PM. Col je kakak utk buat appointment. Dia urut memang sakit huhu tahan je la…Berulang dia urut kat kawasan sakit tu.Bila kali keduanya dia urut ada bunyi pak.....yang kuat sangat(seyes kuat tau) baru tangan kiri tu boleh gerak.Kalau sebelum ni gerak je macam ada tali yang halang pergerakan.Umpama macam patung wayang kulit.So sesipa yang nak mengurut pg la sana ye. Pakej lain agak mahal ada cecah RM500. Tapi untuk urutan hari tu RM 69,bebaloi dengan hasilnya.Tapi if nak yang murah sikit sy pernah try Seputih kapas bersama officemate tapi timing berbeza. Kawasanye dekat bangi,rumah teres dua tingkat.Satu masa seorang customer je dia layan untuk maklumat lanjut sila click
 






D'Aura
 

Friday, April 19, 2013

Candy Buffet



 
 

Apakah maksud “Candy Buffet”?

Hidangan manisan yang terdiri daripada pelbagai jenis manisan iaitu gula-gula, lollipop, marshmallow, coklat  dan terkini kebanyakan orang menambahkan buah-buahan untuk disalut coklat yang dihidangkan di atas meja khas dengan pelbagai warna dan tema yang menarik.

 

Bagaimanakah “Candy Buffet” dihidang?

Manisan ini disusun didalam bekas pelbagai bentuk dan kebanyakkan mereka meletakkan manisan didalam bekas yang lutsinar untuk menaikkan keghairahan tetamu agar datang ke meja manisan ini.Lebih menarik jika chocolate fountain machine diletakkan di atas meja hidangan. Tetamu boleh mencelopkan buah-buahan dengan coklat ,sudah tentu itu lebih mengujakan para tetamu.

 

Perlu ke tidak Candy Buffet, ikut keperluan masing-masing.Tak pelu membazir sangat untuk majlis kahwin ni tapi jika ada kemampuan why not. Bagi sy pulak,memang dah ada chocolate fondant machine. Jadi hanya perlu beli marshmallow , biskut jejari dan mugkin buah apple sahaja.Time wedding my sis ada buat Candy Buffet ni,sangat cepat habis. Kebanyakanya perabis manisan ni kanak-kanak. Candy Buffet boleh jadi daya tarikan majlis. Sy sharekan vendor yang menyediakan pakej Candy Buffet.

Vendor for Candy Buffet, sy suggestkan candy holic, pakej menarik dan customer service sangat bagus. New vendor for this industry, try it sure you love it.sy list kan others vendor untuk rujukan semua
 
 









 

 

Wednesday, April 17, 2013

Jauhi Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT




Kenapa Dia Perlu Membenci


Semalam ada berlaku perkara sedih yang betul-betul menghiris hati ni. Kenapa si polan ni perlu membenci padahal kami bukan kawan pun. Tak tahu dari mana datangnya benci dia. Sebenarnya apa perasaan dia bila ada kebencian yang membuak-buak dalam hati. Bagi saya benci yang kita pendam ni mampu makan diri. Saya pun cuba untuk menjadi manusia yang bersabar dan mendekatkan diri padanya. Mungkin Allah menguji kesabaran hambanya. Kami tak dapat jadik kawan walau sedetik pun tapi dia dah menjadikan saya musuh. Nasib ada kawan yang menasihati dan memberi semangant.Kawan yang bagus bukan kawan yang menjadi batu api tapi yang memberi nasihat. Itu tuah saya kerana mempunyai kawan macam tu. Paling membahagiakan adalah bakal suami yang juga banyak menasihatkan dan memberi rangsangan moral.

Maka saya nasihatkan diri saya dan sesiapa sahaja, agar kita sama2 perbaiki akhlak kita. Kerana Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak dinafikan kita ini ada mempunyai sifat marah, tetapi semoga kita dapat mengawal dengan baik sifat marah yang tercela ini.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Huraiannya :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)

Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )

Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.

Nabi SAW memberi wasiat kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Nabi SAW bersabda, “Aku beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masaalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga.

Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.

Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang-orang yang tidak bersalah.''
(Hadis Riwayat Ahmad).

Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.

Pertama, munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.

Kedua, jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.

Ketiga, terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.

Rasulullah SAW mengecam orang-orang munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negeri kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger-bloger politik yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)

Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT dan tidak akan mencium bau syurga.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi diri kita daripada tiga jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat seperti hadis di atas. Untuk menjauhi daripada laknat Allah SWT perlulah kalian melakukan; pertama, mengasihi kedua ibu bapa kalian jangan menderhakainya dan berbaktilah kepada mereka jika mereka masih hidup dan jika mereka sudah meninggal dunia doakan mereka dan buatlah amal soleh untuk mereka. Kedua, jauhilah dan jangan cuba untuk mendekati wanita yang sudah berkahwin dengan tujuan-tujuan yang tidak bermoral, jika terdapat ruang-ruang fitnah cubalah menutupnya. Jika berhajat untuk mencari pasangan hidup carilah janda atau gadis yang masih belum berpunya dan gunakanlah cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Ketiga, janganlah sekali-sekali memecah belahkan perpaduan umat Islam. Jadikanlah diri kita sebagai penyelamat umat, pendakwah yang jujur dan ikhlas dan berjuang semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukannya untuk mendapatkan nama, pujian dan kedudukan dalam masyarakat.

Thursday, April 4, 2013

Wedding Signage (Penunjuk Arah ke Rumah Pengantin)






Penting ke direction (penunjuk arah) ke rumah pengantin.Yes memang sangat penting. Kawan yang kita kenal satu kawasan rumah mungkin tahu rumah kita tapi macam mana pula kawan satu office or tempat study .Belajar & bekerja kat negeri lain dan tempat asal pulak negeri lain confirm kawan2 kita tu tak penah datang lagi rumah kita. Bagi menghilangkan dan juga menghapuskan kekusutan mereka untuk mencari rumah pengantin maka penunjuk arah ke rumah pengantin adalah sangat membantu.

Apa yang wajib di tulis

1.      Nama pengantin lelaki

2.      Nama pengantin perempuan

3.      Arah kanan,kiri atau depan.

4.      Tarikh wedding

Kita boleh print out je atau pun tulis je dengan maker pen atas kertas A4 dan untuk lebih jelas boleh guna A3,yang penting arah tu mesti jelas dan tak mengelirukan.Mana pulak nak letak penunjuk arah?, tempat paling sesuai adalah di setiap simpang dan traffic light.Make sure sirection tu di cover dengan plastic kerana if hujan turun so basah lah kertas tu then tulisan pun tak nampah means tak guna juga buat direction ni.
Jom kita mencuci mata tengok contoh2 direction yang telah dibuat oleh bekas pengantin