Sunday, August 4, 2013

Bunga Telur




Bagi masyarakat Melayu, bunga telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya, bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin.

Pengantin baru akan duduk bersebelahan di atas pelamin yang dihiasi cantik semasa bersanding. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Ketika bersanding, jemputan kahwin  akan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai. Jika tiada acara bersanding, maka majlis perkahwinan akan dianggap tidak sempurna. Orang ramai juga tidak sudi memberi wang sumbangan.


Apakah Maksud Bunga Telur?
Bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Mengikut kepercayaan orang Melayu, telur yang terdapat dalam bunga melambangkan kesuburan. Pemberian bunga telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai mengumpul doa orang ramai agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Zuriat merupakan kurniaan tuhan dan sesebuah keluarga hanya dianggap bahagia dan sempurna dengan adanya zuriat
Telur yang digunakan dalam bunga telur ialah telur ayam yang direbus. Penyediaan telur hanya boleh dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini disebabkan telur yang direbus tidak boleh tahan lama. Proses merebus telur juga memerlukan pengalaman. Banyak telur akan pecah semasa direbus. Ini merupakan satu tugas yang menguji kemahiran dan kesabaran.

Kegunaan Bunga Telur
Walaupun kehidupan kini semakin moden dan menyaksikan pelbagai elemen baru dalam seni gubahan perkahwinan, namun penyediaan bunga telur dalam majlis pernikahan tetap diberi keutamaan. Tradisi yang ditinggalkan oleh nenek moyang masih diamalkan.
Pemberian bunga telur masih dititikberatkan sama ada digunakan untuk hiasan pelamin atau untuk dihulurkan kepada jemputan kahwin sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluahkan masa untuk datang. Bunga telur akan diisi dalam beg khas dan dihadiahkan kepada jemputan kahwin sebagai cenderahati perkahwinan.

Bunga Telur Mengikut Peredaran Masa
Lama-kelamaan tradisi ini walaupun masih dikekalkan, pemberian bunga telur sebagai cenderahati perkahwinan atau buah tangan kepada tetamu ini telah dipelbagaikan. Apatah lagi pada  masa sekarang, tuan rumah bukan sekadar melihat pemberian tersebut sebagai buah tangan.
Seboleh-bolehnya, setiap pemberian menjadi tanda ingatan yang berkekalan terutama pada hari bersejarah seperti itu.
Selain memberi bunga telur, tuan rumah pada masa kini juga telah memilih coklat, kek, gula-gula, tuala, lilin perkahwinan, sabun kahwin, key chain, alas meja dan sebagainya kepada jemputan kahwin bergantung kepada bajet yang diperuntukkan.

Bunga Telur Yaya

Tada ini lah bunga telur yang paling murah dan cantik bagi yaya.Dah ni je mampu,bukan orang nak simpan sangat. Kebanyakannye buang je.Yaya hanya beli dalam 100 Quantity untuk letak dekat kanan kiri pelamin. Diberi pada keluarga En Tunang dan pada siapa yang merenjis nanti. Sekarang dah tak wajib pun bagi dekat semua tetamu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.