Sunday, August 4, 2013

Label for candy buffet menu




Label ni yaya tak kata lah penting tapi ikut la kerajinan masing-masing sama ada nak buat or tidak. Senang je cara nak buat, just download dari mana-mana website or siapa yang hebat dalam design ni boleh ikut cita rasa sendiri. Label ni sebenarnya unik dan sangat cute je bila budak-budak tengok bak kata orang penambah seri.

Contoh-contoh label menu










Mine

Ni yaya punya label menu, siap yaya beli klip yang cute untuk menjadi pemengang menu. Yaya beli dekat kedai hadiah. Boleh la pilih bentuk apa pun.Harga dalam Rm1.50 dan kebawah.





Bunga manggar




Bunga manggar merupakan satu hiasan yang penting dalam majlis keramaian orang-orang Melayu di Malaysia, seperti majlis perkahwinan dan lain-lain.
Bunga manggar yang diperbuat daripada kertas berkilat bewarna-warni dianggap menambahkan meriah kepada majlis yang sedang berlangsung dan mengindahkan lagi pemandangan latar majlis.
Time sepupu kahwin,makcik yaya bagi lebihan bunga manggar,banyak sangat dan berwarna warni. Tapi yaya dah beli sendiri sebelum dia bagi,warna gold + silver. Kita tengok la nanti macam mana nak menggunakan keseluruhan bunga manggar. Time dulu2 bunga manggar dicucuk pada buah betik muda, sekarang cucuk dekat polistren je.












Bunga Telur




Bagi masyarakat Melayu, bunga telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya, bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin.

Pengantin baru akan duduk bersebelahan di atas pelamin yang dihiasi cantik semasa bersanding. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Ketika bersanding, jemputan kahwin  akan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai. Jika tiada acara bersanding, maka majlis perkahwinan akan dianggap tidak sempurna. Orang ramai juga tidak sudi memberi wang sumbangan.


Apakah Maksud Bunga Telur?
Bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Mengikut kepercayaan orang Melayu, telur yang terdapat dalam bunga melambangkan kesuburan. Pemberian bunga telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai mengumpul doa orang ramai agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Zuriat merupakan kurniaan tuhan dan sesebuah keluarga hanya dianggap bahagia dan sempurna dengan adanya zuriat
Telur yang digunakan dalam bunga telur ialah telur ayam yang direbus. Penyediaan telur hanya boleh dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini disebabkan telur yang direbus tidak boleh tahan lama. Proses merebus telur juga memerlukan pengalaman. Banyak telur akan pecah semasa direbus. Ini merupakan satu tugas yang menguji kemahiran dan kesabaran.

Kegunaan Bunga Telur
Walaupun kehidupan kini semakin moden dan menyaksikan pelbagai elemen baru dalam seni gubahan perkahwinan, namun penyediaan bunga telur dalam majlis pernikahan tetap diberi keutamaan. Tradisi yang ditinggalkan oleh nenek moyang masih diamalkan.
Pemberian bunga telur masih dititikberatkan sama ada digunakan untuk hiasan pelamin atau untuk dihulurkan kepada jemputan kahwin sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluahkan masa untuk datang. Bunga telur akan diisi dalam beg khas dan dihadiahkan kepada jemputan kahwin sebagai cenderahati perkahwinan.

Bunga Telur Mengikut Peredaran Masa
Lama-kelamaan tradisi ini walaupun masih dikekalkan, pemberian bunga telur sebagai cenderahati perkahwinan atau buah tangan kepada tetamu ini telah dipelbagaikan. Apatah lagi pada  masa sekarang, tuan rumah bukan sekadar melihat pemberian tersebut sebagai buah tangan.
Seboleh-bolehnya, setiap pemberian menjadi tanda ingatan yang berkekalan terutama pada hari bersejarah seperti itu.
Selain memberi bunga telur, tuan rumah pada masa kini juga telah memilih coklat, kek, gula-gula, tuala, lilin perkahwinan, sabun kahwin, key chain, alas meja dan sebagainya kepada jemputan kahwin bergantung kepada bajet yang diperuntukkan.

Bunga Telur Yaya

Tada ini lah bunga telur yang paling murah dan cantik bagi yaya.Dah ni je mampu,bukan orang nak simpan sangat. Kebanyakannye buang je.Yaya hanya beli dalam 100 Quantity untuk letak dekat kanan kiri pelamin. Diberi pada keluarga En Tunang dan pada siapa yang merenjis nanti. Sekarang dah tak wajib pun bagi dekat semua tetamu.


Doogift untuk tetamu VIP





Rainbow Cake  


Doogift untuk tetamu VIP masih belum betul2 decide, Kak Farah bagi idea buat rainbow kek in jar. Jadi Yaya & En Tunang pg cari la bekas kaca. Disebabkan bekas kaca untuk tatamu biasa dh berukir kaca tu so utk VIP mesti lah nak lebih. Bekas kaca yang Yaya beli bentuk macam tempayan, kenapa pilih sebab unik sikit. Kak Farah ajak Yaya balik Melaka untuk 1st trial buat rainbow cake ni. Ye lah baik try awal-awal. If buat lambat-lambat tak jadik so merana lah hidup. Yaya beli bahan-bahan untuk buat kek dekat area bangi. Cara nak buat kek ni senang sangat, Kak Farah yang cari resepi Many thanks to u my dear sis, if ingat kisah dulu Kak Farah ni garang gila. Takut kalau terbuat dia mengamuk. Tapi dia adalah seorang kakak yang bertangungjawab Cuma baran hehe.

Bercerita balik perihal kek , yes kek yaya ni menjadi. Rasa sedap dan cantik.Yang paling penting bakar je jar dalam oven terus. Bekas pun tak pun pecah dan masa menjadi singkat. Insyallah yaya buat dalam 250 sahaja.Kat bawah ni la kek yang dah siap. 



Tuesday, July 9, 2013

Farewell Yaya,Chua,Thana,Ruby,Amir &Kavitha



Hari ni Yaya 1st trial pakai bawal style ala-ala shawl. Hadiah daripada Hezrina.Tudung yang Hez bagi cantik sangat collection tudung Aidijuma. Hez tahu yaya suka color terang-terang. Terharu sangat sebab tak penah ada collection Aidijuma. Shawal Yaya Rm10 je. Alang-alang pulak hari ni ada Farewell utk kami berempat. Yaya last day minggu ni iaitu hari Jumaat, dalam minggu puasa.Terima Kasih sangat-sangat dekat semua kawan-kawan.Yaya akan bawa our friendship hingga hujung nyawa.Ada jodoh kita jumpa lagi

Dalam bertudung ni bagi Yaya biar selesa dan tutup aurat. Yaya try untuk tutup aurat sebaik mungkin.Isyallah yang kurang tu Yaya try betulkan sebab banyak kurang lagi.Yang sure Yaya dah jatuh hati balik dengan tudung bawal..Hez TQ



Sekitar Farewell party















My DIY Guest Book Done




Guest Book


Amin...Syukur Guest Book dah siap,biar pun tak berapa penting tapi dah siap jugak. Idea ni ilham dari Haida jugak. Mula-mula Yaya buat simple juga then Haida tunjuk contoh Guest Book dia dan combine idea dari My Sis punya Guest Book so terhasilnya Guest Book Yaya.

1. Mula-mula Yaya cari buku ni dekat Mall je




2. Mula-mula Yaya just tampal lace. Macam ni la rupanya. Before Haida tunjuk Guest Book dia Yaya tak balut pun Guest Book. Jadi nampak hitam je lah.



3. Yaya balut buku dengan kain satin Gold/Kuning then tampal lace..ni semua kain lebihan yang dah tak pakai. Thanks to Haida.


Ni la Guest Book Yaya

4.Yaya tampal pulak tulisan

Dah siap..cantik or tidak belakang cita.Yg Penting puas hati



Persiapan Kahwin : Doorgift tetamu (Bekas Kaca)





Alhamdulilah doorgift untuk tetamu dah beli.Yaya hanya beli bekas kaca yang berukir di penutup dan di bekas. Penutup bekas kaca tu mengikut tema iaitu gold. Apa isi didalamnya itu xsure lagi. Idea dah ada tapi takut perancangan tidak menjadi. Bekas kaca yang yaya beli tu murah je kurang dari Rm1.00 tapi bekas tu nampak exclusive. Quantity yang dibeli dalam 600 ratus as per mak cakap, turutkan shj. Bila yaya & En Tunang try survey harga bekas ni setiap kedai berlainan harga, ada jual Rm1.50, ada yang Rm 1.20,tapi yang tu harga utk bekas yang tak berukir. Agak2 korang nak letak apa dalam ni.

Macam picture bawah ni..harga mahal jugak berbanding bekas Yaya beli. Bentuk dah sama tapi Yaya punya ada ukiran dekat kaca tu dan harga jauh lagi murah.

 Ni yang Yaya beli,sory pic xjelas.Bekas tu dah hantar dekat pahang. So tak dapat snape bentuk ukiran kaca tu