Wednesday, August 14, 2013

Raya 2013




One complete family for Raya 2013



1st time family take portrait picture dekat studio(ye tau ketinggalan zaman). Anak buah dah bertambah 3 and comming soon lagi sorang boy insyallah dalam bulan november ni. Kuih tahun ni yaya tak buat langsung tapi Kak sarah rajin buat banyak jugak dia buat. Tahun ni xdapat cuti lama sebab kan baru je masuk keje baru lagi pun nak kumpul cuti untuk bulan 11 ni...so nampakkan beberapa bulan je lagi tinggal untuk majlis kahwin. Wahhh macam banyak perkara je tak sempat buat. Tahun ni En Tunang yang buat decision nak paki baju warna apa. Pink u ols Belum lagi pergi raya rumah En Tunang sebab kene la tunggu hari Sabtu baru lah boleh kan. Disebabkan hal kahwin belum setel lagi so rasa macam tak best je raya kan.Tapi bila semua family ada so my life complete. Sempat keluar dengan kawan-kawan zaman muda remaja, Ain maarof, Along & Ain Rahman geng sejak kecil lagi. Wani Bukit dan Wani Batu 7 pulak kawan time sekolah menengah.Ye tau kawan nama kebanyakanye sama. Ni je la kawan yang masih berhubung until now. Wani batu 7 melangsungkan majlis pertunangan,time ni la kami berjumpa bemesra mengeratkan persahabatan. 












Sunday, August 4, 2013

Iftar bersama rakan tercinta




Buka puasa kali ni haida dan Imran belanja kami. Thank you my lovely friends, korang memang terbaik. Paling best layan si cute Aqif yang pandai posing bila nampak kamera. Sebelum pg berbuka Yaya dan En Tunang sempat pg nilai cari bunga untuk buat gubahan hantaran.Oh bila take picture banyak-banyak baru perasan rambut En Tunang dah panjang.Tapi senyap je xtegur pun.

After habis shoping kat Nilai kami bergegas ke Alamandar sebab janji dengan Haida & Imran jumpa dekat Alamanda.Next time kita keluar bersama lagi k. Really appreciate our friendship.














Prop photo booth dah siap...yehuuu




Dulu Yaya ada sharekan Prop photo booth untuk wedding kak Sarah. Dengan rajinya yaya dah siapkan prop untuk majlis yaya. Sekarang dah tukar keje so makin malas nak tulis blog. Kadang-kadang je update tu pun sekaligus update. Lagi suka upload picturedari menulis….waaaaa malasnya bila dah nak kawen ni.Tak pe yang penting keje jalan.





Label for candy buffet menu




Label ni yaya tak kata lah penting tapi ikut la kerajinan masing-masing sama ada nak buat or tidak. Senang je cara nak buat, just download dari mana-mana website or siapa yang hebat dalam design ni boleh ikut cita rasa sendiri. Label ni sebenarnya unik dan sangat cute je bila budak-budak tengok bak kata orang penambah seri.

Contoh-contoh label menu










Mine

Ni yaya punya label menu, siap yaya beli klip yang cute untuk menjadi pemengang menu. Yaya beli dekat kedai hadiah. Boleh la pilih bentuk apa pun.Harga dalam Rm1.50 dan kebawah.





Bunga manggar




Bunga manggar merupakan satu hiasan yang penting dalam majlis keramaian orang-orang Melayu di Malaysia, seperti majlis perkahwinan dan lain-lain.
Bunga manggar yang diperbuat daripada kertas berkilat bewarna-warni dianggap menambahkan meriah kepada majlis yang sedang berlangsung dan mengindahkan lagi pemandangan latar majlis.
Time sepupu kahwin,makcik yaya bagi lebihan bunga manggar,banyak sangat dan berwarna warni. Tapi yaya dah beli sendiri sebelum dia bagi,warna gold + silver. Kita tengok la nanti macam mana nak menggunakan keseluruhan bunga manggar. Time dulu2 bunga manggar dicucuk pada buah betik muda, sekarang cucuk dekat polistren je.












Bunga Telur




Bagi masyarakat Melayu, bunga telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya, bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin.

Pengantin baru akan duduk bersebelahan di atas pelamin yang dihiasi cantik semasa bersanding. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Ketika bersanding, jemputan kahwin  akan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai. Jika tiada acara bersanding, maka majlis perkahwinan akan dianggap tidak sempurna. Orang ramai juga tidak sudi memberi wang sumbangan.


Apakah Maksud Bunga Telur?
Bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Mengikut kepercayaan orang Melayu, telur yang terdapat dalam bunga melambangkan kesuburan. Pemberian bunga telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai mengumpul doa orang ramai agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Zuriat merupakan kurniaan tuhan dan sesebuah keluarga hanya dianggap bahagia dan sempurna dengan adanya zuriat
Telur yang digunakan dalam bunga telur ialah telur ayam yang direbus. Penyediaan telur hanya boleh dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini disebabkan telur yang direbus tidak boleh tahan lama. Proses merebus telur juga memerlukan pengalaman. Banyak telur akan pecah semasa direbus. Ini merupakan satu tugas yang menguji kemahiran dan kesabaran.

Kegunaan Bunga Telur
Walaupun kehidupan kini semakin moden dan menyaksikan pelbagai elemen baru dalam seni gubahan perkahwinan, namun penyediaan bunga telur dalam majlis pernikahan tetap diberi keutamaan. Tradisi yang ditinggalkan oleh nenek moyang masih diamalkan.
Pemberian bunga telur masih dititikberatkan sama ada digunakan untuk hiasan pelamin atau untuk dihulurkan kepada jemputan kahwin sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluahkan masa untuk datang. Bunga telur akan diisi dalam beg khas dan dihadiahkan kepada jemputan kahwin sebagai cenderahati perkahwinan.

Bunga Telur Mengikut Peredaran Masa
Lama-kelamaan tradisi ini walaupun masih dikekalkan, pemberian bunga telur sebagai cenderahati perkahwinan atau buah tangan kepada tetamu ini telah dipelbagaikan. Apatah lagi pada  masa sekarang, tuan rumah bukan sekadar melihat pemberian tersebut sebagai buah tangan.
Seboleh-bolehnya, setiap pemberian menjadi tanda ingatan yang berkekalan terutama pada hari bersejarah seperti itu.
Selain memberi bunga telur, tuan rumah pada masa kini juga telah memilih coklat, kek, gula-gula, tuala, lilin perkahwinan, sabun kahwin, key chain, alas meja dan sebagainya kepada jemputan kahwin bergantung kepada bajet yang diperuntukkan.

Bunga Telur Yaya

Tada ini lah bunga telur yang paling murah dan cantik bagi yaya.Dah ni je mampu,bukan orang nak simpan sangat. Kebanyakannye buang je.Yaya hanya beli dalam 100 Quantity untuk letak dekat kanan kiri pelamin. Diberi pada keluarga En Tunang dan pada siapa yang merenjis nanti. Sekarang dah tak wajib pun bagi dekat semua tetamu.


Doogift untuk tetamu VIP





Rainbow Cake  


Doogift untuk tetamu VIP masih belum betul2 decide, Kak Farah bagi idea buat rainbow kek in jar. Jadi Yaya & En Tunang pg cari la bekas kaca. Disebabkan bekas kaca untuk tatamu biasa dh berukir kaca tu so utk VIP mesti lah nak lebih. Bekas kaca yang Yaya beli bentuk macam tempayan, kenapa pilih sebab unik sikit. Kak Farah ajak Yaya balik Melaka untuk 1st trial buat rainbow cake ni. Ye lah baik try awal-awal. If buat lambat-lambat tak jadik so merana lah hidup. Yaya beli bahan-bahan untuk buat kek dekat area bangi. Cara nak buat kek ni senang sangat, Kak Farah yang cari resepi Many thanks to u my dear sis, if ingat kisah dulu Kak Farah ni garang gila. Takut kalau terbuat dia mengamuk. Tapi dia adalah seorang kakak yang bertangungjawab Cuma baran hehe.

Bercerita balik perihal kek , yes kek yaya ni menjadi. Rasa sedap dan cantik.Yang paling penting bakar je jar dalam oven terus. Bekas pun tak pun pecah dan masa menjadi singkat. Insyallah yaya buat dalam 250 sahaja.Kat bawah ni la kek yang dah siap.