Thursday, January 3, 2013

Mengenai Sistem NCR Online

 
 
Sekarang nie tak perlu amik borang di PAID , JAIS . Borang Download pun dah x de. Borang nikah sekarang diisi secara ONLINE. makna nye kite isi borang ONLINE dan cetak borang tu ..itu cara nye sekarang …
jadi kawan2 boleh terus ke laman web nie untuk isi online :
 
Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bg Jais. Daftar kan dulu diri anda di ruangan dan isi semua maklumat yg diperlukan… dan daftar. Login dan pilih Perkahwinan dan pilih borang 2A dan isi. kemudian cetak kan borang tu…
Cetak tapi JANGAN tandatangan dulu yea. Pengesahan pun kena buat,dalam form dah explain siapa yang boleh sahkan.Bukan semua orang boleh yea. Sertakan semua borang sokongan

Sistem Nikah, Cerai dan Rujuk Online JAIS merangkumi perkhidmatan utama untuk perkahwinan, cerai dan rujuk yang disediakan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS. Sila isi No Mykad dan Katalaluan di ruangan dibawah untuk daftar masuk.


Panduan penggunaan sistem, klik DISINI

SOALAN-SOALAN LAZIM SISTEM NCR

1. Bagaimana mahu memohon jika pemohon adalah lelaki
-Sila isi borang 2A iaitu borang permohonan kebenaran berkahwin (Lelaki).
-Sila isi borang 2B bagi pemohonan untuk berpoligami.

2.Bagaimana mahu memohon jika pemohon adalah perempuan?
- Sila isi borang 2C dan borang 2D. Borang 2D hanya boleh didapati setelah pemohon selesai mengisi borang 2C .

3. Bagaimana cara untuk menggunakan sistem ini?
-Bagi yang belum mendaftar,sila klik pada pautan "Daftar di sini" .Gunakan NoKP sebagai id pengguna tanpa sempang(-).

4.Bagaimana caranya untuk simpan permohonan yang telah diisi?
-Untuk mengelakkan daripada masa mengisi habis,isikan dahulu bahagian yang wajib iaitu bertanda(*).Kemudian Klik "Prebiu" dan "Simpan". Data yang telah diisi boleh di ubah

5.Kenapa alamat semasa cetak pada PDF tidak cantik(huruf kecil)?
-Semasa mengisi alamat di dalam borang permohonan, jangan tekan enter.

6.Jika anda mengisi untuk orang lain, pastikan anda mengisi maklumat orang tersebut





















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.