Tuesday, June 3, 2014

Tip mencari stroller dan Jenis-jenis stroller yang terbaik




Now almost 6 months Yaya and baby bersatu. Pening mencari stroller yang terbaik yet murah & berkualiti. Terdapat pelbagai jenis stroller di pasaran. This is 1st experience for Yaya & Huby so banyak yang kami perlu belajar dan fahami. Pada peringkat awal pemilihan stroller lebih kepada rupa luaran iaitu kecantikan stoller tu sendiri. Apabila kami sendiri survey , baru kami tahu kepentingan berat stroller itu sendiri penting. Kerana Yaya & Huby ni suami isteri yang kecik molek dan kereta tak besar mana jadi stroller yang sesuai adalah well comfort lightweight stroller. Ringan dan mudah di bawa kemana saja. Paling kami suka brand Combi dan harga range RM1K paling murah after discount. Itu yang Yaya & Huby jumpa. Then kecewa sikit sebab kami nak berjimat so Huby kata nak survey SCR 6 or SCR 12 berat dalam 9kg ++. Bila pergi survey stroller tu tetap berat untuk kami berdua, mula lah terbayang stroller Combi. Then pusing2 terjumpa brand good baby, function stroller sama dengan Combi harga sangat berpatutan. Kebanyakan sroller good baby adalah well comfort lightweight. Ada berat 3.5, sangat ringan sebab Yaya try satu tangan je, cara untuk lipat pun mudah hanya satu tangan. Handle pula boleh adjust untuk forward facing & real facing baby. Material tahan lasak dan selesa untuk baby. Yaya & Huby try search review mengenai good baby stroller tapi tak ada pun review dari Malaysia. Tak kisah lah tak terkenal yang penting berkuality dan sangat ringan.

GB stroller




Selain yang Yaya sebut diatas, bawah ni senarai stroller yang ada di pasaran dan mendapat tempat dihati ibu bapa:

1.      Sweet Cherry


2.      Combi


3.      Peg Prego


4.      Graco


5.      MacLaren


6.      Halford


7.      Quinny Zapp


Terlalu banyak nak disenaraikan tapi ini lah antara stoller yang mendapat sambutan hangat

Tip-tip mencari stoller yang terbaik untuk anak kita

1.Budget / belanjawan
Terdapat stroller yang mempuanyai harga semurah puluhan ringgit hingga ribuan ringgit dan bergantung kepada jenama atau jenis-jenis stroller. Perlu diingat mahal tak semestinya berkualiti dan murah tu tak berkualiti. Apa-apa pun bergantung pada mereka yang mengeluarkan duit. 

2.Keselamatan
Adalah menjadi kemestian untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bayi ketika berada di dalam stroller. Stroller biasanya mempunyai ruang kecil untuk simpan barang-barang bayi. Stroller yang terbaik biasanya mempunyai belt 5-point harness yang boleh dilaras mengikut keselesaan dan saiz bayi dan supaya baby boleh distrap dengan selamat di dalam stroller. Make sure tiada sharp or rough edges yang exposed to your baby. Pastikan stroller juga mesti cukup kuat menahan beban dan mempunyai brek yang kukuh (lock & unlock feature)


3.Kebolehan untuk Recline
Pastikan kusyen stroller boleh dilaras ketika bayi duduk ataupun tidur. Terdapat juga jenis-jenis stroller mengikut kesesuaian umur dan berat bayi. Biasanya stroller untuk newborn baby jenis baring sahaja. Ini kerana newborn baby sampai umur 6 bulan tidak boleh duduk lagi. Pastikan stroller boleh guna atau menampung dari newborn hingga umur 2 tahun. 


Make sure that it needs to recline all the way back so that the baby is in a lying position not an upright seated position. It's quite important that the stroller boleh recline full sampai baring position. Stroller jenis macam ini boleh guna sampai 2-3 tahun because the full recline is useful for when they want to sleep while you are busy shopping or makan. 

"A happy sleeping baby/toddler = Happy parents to shop with peace of mind"

4.Mudah Dilipat
Pastikan stroller yang dibeli itu senang disimpan dan mudah di bawa ke mana-mana. Memang ada jenis-jenis stroller bila dah dilipat tidak muat nak letak dalam but kereta. Lagi bagus cari stroller yang mempunyai feature one hand fold. Pada masa yang sama, boleh fold macam umbrella. The folding is very important so you have a lot of boot space in the car. Pastikan jug measurement of the stroller setelah dilipat. 

5.Adjustable Handle
Faktor adjustable handle ni terbahagi kepada 2. First, adjustable dari segi kepanjangan. Ini perlu bagi mereka – mereka yang rendah dan pasangannya yang tinggi. 


Second, adjustable handle jugak ditengok dari segi kebolehan handle tu untuk forward facing and rear facing your baby. Baby below 6 months adalah lebih sesuai menggunakan forward facing stroller sebab dia akan rasa lebih secure bila nampak his mummy and daddy, while those above 6 months adalah lebih sesuai guna rear facing supaya pemandangan mereka tidak di halang oleh badan mummy and daddy dan secara tak langsung open their mind to accept new things in life. 


6.Berat
Pastikan tidak terlalu berat. 

7.Material
Pastikan material yang berkualiti - tak mudah koyak, tahan lasak, kalis air. Rangka yang kukuh dan ringan biasanya buatan aluminium. 

8.Tambahan
Biasanya stroller berjenama dari luar negara di datangkan dengan aksesori tambahan seperti foot muff (selimut), rain cover (penghadang hujan), shopping basket, bottle holder, leg warmer (kalau selalu pergi holiday ke oversea) and parasol. Ada sesetengahnya memang datang together as a set tapi ada juga yang kena beli asing. 

9.Lifestyle
Kalau parents jenis yang mengamalkan gaya hidup sihat, suka jogging kat taman, mungkin boleh pilih stroller jenis jogger iaitu 3 wheelers. Strolller jenis ini lebih aerodynamic dan mempunyai tayar yang tahan lasak sesuai untuk kegunaan atas uneven surface. Pastikan whether it is easy to maneuver or not. 


Penting : 


·                     Pastikan stroller sesuai dengan umur dan berat bayi anda
·                     Jangan lupa mengunci roda stroller ketika berhenti.
·                     Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller kerana ini akan mengurangkan
            keseimbangan stroller bayi anda.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.