Saturday, March 16, 2013

The Reception My Sister Sarah &Pejo







Alhamdulilah selesai dengan jayanya majlis resepsi Kak Sarah & Abg Pejo. Paling mengembirakan Kak Sarah bakal menjadi seorang ibu. Harapkan yang terbaik saja utk mereka.Moga Kak Sarah mampu lalui tempoh2 sukar ni tanpa suami dengan mudah,insayallah doa mak dan kami adik beradik besama & moga Abg Pejo diberkati keselamatanya dan juga kesihatan almaklumlah seorang maritim terpaksa berlayar meninggalkan yang tercinta,dalam tempoh tertentu dekat laut dan darat.Berbalik pada majlis resepsi Kak Sarah, dia tak pakai pun baju yang ditempah dan telah dijahit manik dengan sangat detail tu,tapi kak sarah pakai baju sepupu abg pejo bagi but still nice....cuma terkilan nak tengok akak pakai baju yang dia bersusah payah jahit manik tu(agak2 boleh pinjam tak baju tu).Picture yang kami adik beradik snap xupload lagi tapi picture yang yaya share ni ambil dari photographer wedding Kak Sarah.
















Preparation Doorgift 1






Keychain Love

Dalam tempoh pertunangan ni banyak sangat dugaan, tarikh pun asyik ditunda tapi semua persiapan masih diteruskan. Alhamdulilah satu persatu persiapan hampir siap.Syukur ada family ,En Tunag ,family En Tunang dan kawan2 yang banyak memberi pendapat,sokongan xkurang juga yg memberi kritikan membina.Sekarang ni key chain(doorgift) belum lagi mencecah jumlah yang diinginkan.Tergendala buat sementara sbb memberi tumpuan pada jahitan manik utk baju.Key Chain yang dah siap jahit dan buat lubang dihantar pulak pada En Tunang utk dimasukkan ring(dah mcm factory plk,terima kasih cinta).Bentuk yg mampu dibuat hanya lah love.Idea nak buat love ni dikongsi bersama Hezrina, alhamdulilah Allah kurniakan kawan2 yg baik dan sangat berjasa xlokek pun bg pendapat & idea. Hez tunjukkan pic keychain yg adik hez buat utk majlis adik kecil dia.Jatuh hati sangat tgk hasil tangan adik dia,so terus bersemangat nak buat.
Start la ajak En Tunang mencari material membuat love,alhamdulialh material utama iaitu kain felt kami beli lelong dari Beautiful ain & Si Hansom Ikhwan (best friend En Tunang).Harga dalam belasan ringgit je dan kuantiti yg terhasil dari kain tu dalam 400 ++. En tunang excited sangat dengan hasilnye.Utk VIP siap jahit manik,nasib baik ada manik lama yang dah xberpakai,murah je manik tu bukan kualiti yang baik sbb tu la tangan ni gatal pg jahit kat love.Sekarang buzy sangat jahit manik utk baju,tudung dan veil ,risau xmampu siapkan keychain tu. Hopefully sempat la.Kalau xsempat hanya diberi pada yg datang awal(pakai method siapa cepat dia dapat).





Hadiah yang ku beri tidak semahal emas, tidak secantik mutiara, tidak juga seindah permata tapi tetap ingin ku beri kerana harganya seikhlas hati -dari hati kecil Hidayah-

My Birthday 26






Alhamdulilah,pada usia menjangkau 26 tahun ni  Allah memberikan kesihatan yang baik disamping family & kawan yang penyayang juga future husband yang setia di sisi. Pada 06/03/2013 genap la usia 26 tahun. Kawan2 buat kejutan celebrate birthday dengan kek dan pizza.(tq kak wan,zai,hez,haida,aida ,anis & Farish). Malam tu dinner bersama En Tunang,yaya tukar baju je.En Tunang thanks for the gift. Semoga hari yang mendatang lebih baik dari hari  ini dan lupakan kisah silam yang memeritkan dan ambil kisah yang mengembirakan sebagai kenangan hingga akhir hayat.









Tuesday, March 12, 2013

Kenduri Kahwin di Dewan atau Rumah


 

Masih pening fikir nak buat dekat mana,nak, ambil catering atau  masak gotong royong. Yelah kita ni anak kena ikut cakap mak & ayah. Syukur la if ada parents yang sponsor untuk kenduri kawin, so korang tak payah banyak songeh sangat ikut je.Yg  yaya ni starting dari kakak 1st until second ni SDN BHD,so kene fikir semasak mungkin sebab kene ikat perut carik duit nak kawen. Yang  paling penting tak nak la mak stress dan masuk wad.Siapa lah tak sedih if tengok mak sendiri macam tu.Mak je lah ada sebagai ketua keluarga.Kena juga fikir keadaan mak yaya yang tak berapa sihat dan kakak2 ku yang mugkin dalam tempoh pantang.Sebab tu fikir nak buat kat dewan & amik catering.Ikutkan hal duit pulak nak buat kat rumah dan gotong  royong. Kalau boleh nak buat ringkas dan  tak membazir.Jemputan pun tak nak la ramai sangat biar la berpatutan dengan duit yang ada.After kawin nak pakai duit lagi kan.so Dewan atau Rumah ?


Dewan

1.      Persekitaran didalam dewan lebih selesa ,luas dan tersusun

2.      Tetamu tidak perlu berasak-asak untuk masuk bertemu pengantin, parents pengantin dan
makan.

3.      Ada stage ,jadi pelamin nampak sangat cantik.

4.      Pengantin tidak rasa terlalu panas sebab dalam dewan ada kipas /aircon.

5.      Wajib ada catering

6.      Kes kecurian dirumah dapat dielakkan

7.      Tidak payah mengemas rumah

8.      Tidak perlu menghias bilik tido sebab orang tak tengok pun…kan buat dekat dewan

9.      Sewa dewan kene bayar,selalunya beribu dan ada puluhan ribu

10.  Orang nak parking kereta pun mudah sahaja sebab biasanya dewan sediakan parking.

11.  If ramai tak dating dewan akan nampak kosong

12.  Jadi untuk yang nak buat di dewan sila siapkan RM.


Rumah

1.      Parking……Kalau buat di rumah, semua orang pun akan penuhkan kiri kanan jalan, Ada ruang  sedikit semua penuh dengan kereta bersidaian. Kan ke susah. Lepas itu kalau buat di rumah mesti akan jadi trafik jem. Terpaksa panggil RELA untuk tolong jaga trafik(umah yaya xperlu lah rela bagai park je kat padang tu luas)

2.      Lauk jamuan boleh dibuat secara gotong royong,so jimat sikat.Boleh juga untuk memilih catering

3.      Penat sikit nak kemas mengemas

4.      Lebih santai,sedara mara senang nak berkumpul sebab rumah degan khemah dekat je,yg ada 
anak kecik tu mudah bagi mereka.

5.      Kawan2 pun boleh berkumpul lama2 sebab buat kat rumah tidak ada had waktu


Kenduri kawin ni mengeratkan kasih sayang antara family,macam yaya dengan mak,akak2 dan adik2 xlupa juga En Tunang. Ada masalah sama2 bincang dan juga bertukar pendapat.Akak2 banyak bagi pendapat dan bantuan dalam doorgift,En Tunang banyak tolong segi kewangan.Alhamdulilah syukur pada Allah yang meminjamkan mereka dalam kehidupan yaya.Love u all

Birthday Alya Amani @ Princess Fakhar & Syila


 



Happy kan tengok kawan2 semua dengan baby cute. Memang semua baby cute & buat ramai orang geram. Macam Alya lah comel sangat2,semua suka & nak dukung si kecik ni. Fakhar n Syila invite join party Alya ni since wedding Jaja & Norien lagi. Tema utk Birthday party ni bertemakan kucing…meowwwww. Idea sapa xsure tapi of cos la Fakhar ,Syila & family. Sejujurnya segala dimata ni nampak indah sangat, dari deco ,makanan , birthday gulz dan banyak lagi. Alya ni anak pertama Fakhar & Syila yang baru je berusaha 1 tahun, 1st birthday celebration sudah tentukan majlisnya meriah. Bercerita tentang hadiah Alya ni, En Tunang tertinggal hadiah Alya padahal dah beli lama pun. Tapi tak mengapa cos ada backup plan.Pg car hadiah tme tu jugak cos dah sampai awalkan. Paling lucu kejadian En Tunang tanya Fakhar jalan nak kuar so yaya pun senyap je la tak buat muka atau apa2 reaksi.Biar En Tunang dengar dengan teliti semua direction yg Fakhar bagi.Masuk je dalam kereta En Tunang gelak kata yaya gelakkan dia…eh eh mana ada just dalam fikiran ada fikir betul ke En Tunang blh ingat. Kami pun bergerak pulang …. Dalam hati tertanya2 En Tunang akan ingat tak jalan ni,Yaya tangkap instruction yang Fakhar bagi walau pun buat macam tak dengar tapi alhamdulilah yaya ingat. So baru je jalan En Tunang hampir masuk jalan salah..cepat2 yaya jerit kiri masuk kiri kan fakhar ada cakap kiri.huhu En Tunang ni tak Tanya jalan kat Fakhar pun xpe sbb tetap jugak salah. Tapi dari kekurangan tu la timbulnye kelebihan En Tunang yg kelakar & Love u more and more.

Ps: Jangan cari pasangan hanya pandang pada kelebihan mereka kadangkala setelah kita kenal dia untuk tempoh yang lama lebih banyak kekurangan yang kita dapat.Jadi terima la kekurangan itu seadanya.Kerana ia mampu membentuk sikap hormat dan kasih sayang
 












 
source pic from fakhar fb n En Tunang fb

Sunday, March 10, 2013

Hukum memakai inai bagi lelaki


 
 
 
 
 
Ha.... Apa Hukumnya
 
Bila nak kawen baru la tertanya2 boleh ke laki pakai ina.Ada kata boleh dan ada kata tidak.Insyallah info yang saya kongsi ni bolehla menjadi rujukan kita sesama islam.Ada yang salah tlg tegur saya masih cetek dengan ilmu.
 
 
Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:

“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”

 
Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:

 

“Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”


“Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.


“Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.


Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.