Sunday, June 16, 2013

Pre Wedding Idea




Malas nak menulis just nak share beberapa pic yang cantik dan unik utk sesiapa yang nak buat pre wedding photoshoot. Dulu-dulu famous dengan pre wedding kembali ke alam persekolahan sekarang apa pulak.















Friday, June 14, 2013

Persiapan Kahwin - Shoping di Nilai




Hantaran

Hantaran terpaksa buat sendiri, yelah siapa nak buat lagi. Kesian pulak asyik suruh kakak je buat. Tak terlayan dia nak jaga anak 3 orang tu. So apa lagi jom En Tunang kita mencari barang seperti bunga dan kepeluan lain. Seperti biasa En Tunang akan sentiasa bersama bila mencari barang-barang kahwin ni. Alang-alang tu kami ph nilai, sebab tu yang terdekat. En Tunang suka pg sana yela office dia pun dekat sana. Yaya cari sekali barang doorgift utk tetamu. kalau nak tau kedai mana yang murah kene lah rajin pergi satu persatu kedai










Friday, June 7, 2013

Terasa Kehilangan








Bulan ni bulan yang rasa tersangat kehilangan.Kalau lah masa berlalu dalam lambat bulan ni. Susah nak cari geng sekepala kat tempat keje. Dulu time keje kat Maju Holding rapat dengan iya. Rindu jugak dekat dia sekarang. Sekarang dekat Perdana U rapat sangat dengan Haida aka hot mama dan Hezrina. Banyak perkara termasuk soal hati  dan keje yaya share dengan 2 orang ni. Bila kita kat tempat kerja perkara paling kita suka mesti la partner kita kan. Waktu awal2 keje dulu sebelum ada Haida, yaya ada Hezrina tapi dia department lain,jauh la sikit. Yaya keje buat sorang2, bila stress sangat baru la pg menjenguk Hezrina kat department sebelah. Hezrina ni seorang yang sangat terus terang orangnya. Kalau dia rasa A so A la jawabnya. Yaya sangat pecaya kata2 dia sebab dia jujur je tiap apa yang dia kata. Lepas tu Haida masuk keje kat department yaya. Haida plak suka senyum., kuat makan dan kuat ketawa. Bila buat kerja dengan dia memang yaya asyik ketawa. Bila antara dieorang ni dah tak da kat office macam mana. Rasa kehilangan la…tapi perkara tu pasti belaku satu hari nanti.Yaya akan rindu korang sekiranya salah sorang dari korang tukar kerja.Doakan yang terbaik saja untuk sahabat terbaik yaya


Saya Gadis Cermin



Cermin oh Cermin

Kebanyakan orang lelaki kata pempuan ni pantang je nampak cermin mesti tegok lama-lama dan lama lah dia nak bersiap,Yelah kawan baik katanya. Yaya xmampu nak menyangkal kata-kata tu sebab bila ushar gambar lama. Banyak gambar syok sendiri. Hehe bukan apa sebelum jumpe En Tunang kenalah bersiap dengan sebaik mungkin. Eh bukan pempuan je tau kawan baik cermin ,lelaki pun sama. En Tunang….awak pun samakan. Cuba bayangkan if xda cermin macam mana la kita nak bersiap. Yelah macam mana nak tengok jerawat kat muka,hidung senget ,taik mata, air liur basi. Tak ke malu nanti orang tegur. Dalam lif kat office ada cermin besar gedabak, yaya perhatikan la officemate bila masuk je masing-masing nak duk belakang nak tengok cermin sebab cermin tu kat belakang. 5 kali masuk lif 5 kali la tenung cermin…k yaya pun sama. Hidup cermin……….






Monday, June 3, 2013

Sample Pelamin Nikah


 
 
Maksud Pelamin
 
Pelamin merupakan suatu simbolik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstui oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula. Mari kita lihat faktor penting pemilihan pelamin yang sesuai;

1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ‘sempit’

2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen-elemen yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan-hiasan bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.

3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. Pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pereka pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.

Untuk pelamin nikah dalam perancangan buat dekat rumah. Saya nak pelamin yang simple untuk acara pembatalan air sembahyang. Saya amik pelamin dengan Mangga Collections by Nurul Zilawani Kat bawah ni ada contoh-contoh pelamin nikah mungkin boleh memberi idea kepada pasangan pengantin.










Sunday, June 2, 2013

Sample Design Baju Nikah




Jika mengikut perkembangan fashion baju nikah ramai memilih untuk membuat baju kurung moden, peplum dan dress labuh mengikut cita rasa masing-masing (sy memilih dress labuh). Pilihan warna pula ramai memilih warna putih termasuklah saya . Kat bawah ni ada sy sertakan beberapa contoh baju yang bersesuaian di pakai untuk majlis nikah nanti.