Monday, February 10, 2014

Vitamin untuk Merancang Kehamilan



Sejujurnya Yaya before kahwin tak pernah tahu pun yang sebenarnya awal sebuah kehamilan dimulai dengan vitamin dan gizi yang mencukupi pada awal perancangan kehamilan. After kahwin baru la Yaya banyak bertanya pada keluarga dan rakan sekerja yang berpengalaman. Jadi dalam tempoh merancang kehamilan Yaya & Huby mengambil beberapa jenis vitamin kesuburan.

Kenapa vitamin penting?
Jika penting, untuk lelaki atau perempuan?

Hal ini pun menjadi tanda tanya baik isteri atau suami.

Vitamin ini penting untuk lelaki dan wanita.Dapat membantu dalam peningkatkan tahap kesuburan individu. Tapi ingat vitamin ni hanya membatu kesuburan tapi bukan secara automatik mampu memberi kehamilan segera.Jadi apakah vitamin membantu kesuburan?

Vitamin untuk merancang Kehamilan :

1.  Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk wanita agar supaya cepat hamil. Karena vitamin ini berperan penting dalam pembentukan sel telur. Tahukah Anda bahwa sesungguhnya vitamin C dapat bersinergi dengan vitamin E dan beta karoten yang akan berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh kita.  Asap knalpot dan  makananan tidak sehat yang kita hirup akan  mempengaruhi sistem reproduksi. Apabila sistem reproduksi tidak berjalan dengan  baik, ia akan stress. Kerana itu makanan  seperti jambu biji, mangga, kiwi, brokoli, asparagus, dan stroberi sangat bagus untuk melindungi kemampuan reproduksi kita.

2. Vitamin E

Vitamin E selain berfungsi untuk kecantikan dan kehalusan kulit, Vitamin E juga berperan penting untuk cepat hamil. Sumber vitamin E antara lain tauge, gandum dan padi-padi. Vitamin E ini selain mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita vitamin E ini juga  menjaga kesihatan dinding rahim dan plasenta sehingga mampu untuk mencegah keguguran.

3. Vitamin D

Untuk mengoptimalkan kesuburan lelaki dan wanita kita memerlukan vitamin D.  Meskipun  tubuh kita mampu menghasilkan vitamin D dengan bantuan sinar matahari. Namun pengambilan ikan salmon, ikan tuna, mentega, atau telur akan cukup membantu meningkatkan kesuburan sehingga peluang hamil akan menjadi lebih besar.

4. Protein

Tempe, tahu, daging, ayam, ikan, telur dan susu sangat diperlukan oleh  wanita yang merancangan untuk cepat hamil. Makanan tersebut berguna untuk memperbaiki dan mengganti jaringan di dalam tubuh agar janin tumbuh secara optimal.

 

5. Kalsium

Janin dalam kandungan  memerlukan  kalsium untuk pertumbuhan tulang.  Anda harus tahu bahwa  seorang ibu apabila hamil dan tidak mencukupi kalsium, janin dalam kandungan akan mengambil kalsium dari tulang sang ibu. Nah kerana itu sangat penting untuk kita mengambil kalsium yang dapat diperoleh dari susu, tahu, dan kacang-kacangan.

6. Zat Besi

Kecukupan zat besi juga penting untuk segera hamil.  Kerana apabila kekurangan zat besi mampu menghalang pertumbuhan dan perkembangan janin.  Bila kekurangan zat besi mampu pemyebabkan kecacatan pada bayi. Zat besi untuk meningkatkan kesuburan terkandung dalam sayuran hijau organik, daging, beras merah, hati, ikan, kerang, telur, serta kedelai.

7. Asid Folat (Vitamin B)

Janin akan lahir cacat samada kecacatan otak maupun tulang belakang apabila kekurangan vitamin B yang didalamnya terkandung asid folat. Kerana  itu tiga bulan sebelum kehamilan seorang wanita yang merancang  kehamilan harus  mengambil asid folat sebanyak 400mg per hari. Makanan sumber asid folat terdapat pada jus jeruk, bayam, oatmeal, strawberi dan roti.

8. Vitamin B6

Kekurangan vitamin B6 akan menjadikan ketidakseimbangan hormon.  Dapatkan vitamin B6 dengan makan  bayam, hati, kacang soya dan ikan.

Itulah vitamin yang harus diambil untuk meningkatkan kesuburan. Mulai saat ini biasakanlah hidup sihat dengan gizi seimbang baik lelaki maupun wanita.


Good luck ye kawan-kawan. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha setelah berusaha kita serahkan segalanya pada Allah.