Wednesday, January 2, 2013

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin di Negeri Pahang





1. Pendahuluan


1.1 Setiap perkahwinan yang akan dilangsungkan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran

daripada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah.


1.2 Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin perlu mengikut peraturan- peraturan yang telah

ditetapkan oleh Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam 2005.


2. Borang Permohonan

2.1 Pemohon hendaklah mengunakan Borang 1(Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin) yang boleh didapati :

a) Di Pejabat Agama Islam Daerah dengan bayaran RM 1.00
 


b) Muat Turun melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Pahang di alamat

 


3. PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat-maklumat yang terkandung dalam borang

permohonan kebenaran berkahwin (Borang 1) berdasarkan kepada kesesuaian jantina seperti yang dinyatakan di dalam borang.
Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon semasa mengisi borang adalah seperti berikut :



3.1 MAKLUMAT PEMOHON



3.1.1 Pemohon hendaklah menandakan jantina pemohon di petak yang disediakan.


3.1.2 Jika pemohon menandakan jantina lelaki, maklumat pemohon di para “A”adalah lelaki dan maklumat pasangan di para “B” adalah perempuan.

 
3.1.3 Jika pemohon menandakan jantina perempuan, maklumat pemohon di para “A” adalah perempuan dan maklumat pasangan di para “B” adalah lelaki.

3.2 UMUR









 





3.2.1 Pemohon lelaki hendaklah berumur genap 18 tahun dan perempuan hendaklah berumur genap 16 tahun semasa permohonan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
Contoh: Seorang Pemohon lelaki telah mengemukakan permohonan ke Pejabat Agama Islam Daerah pada 25 Febuari 2010. Tarikh lahir pemohon ialah 14 Mac 1992.Umur Pemohon pada tarikh permohonan tersebut ialah 17 tahun 11 bulan 13 Hari.
 
Pemohon masih dikira belum genap umur 18 tahun.

3.2.2 Jika umur pemohon masih belum mencapai umur yang tersebut di atas, permohonan akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah.

3.2.3 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a))”.
 
3.2.4 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen 18(1)(a)) ” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


 
3.3 MAKLUMAT WALI



3.3.1 Pemohon hendaklah memastikan wali yang betul mengikut susunan wali yang dinyatakan di atas.
 
3.3.2 Perpindahan wali ke wali yang berikutnya hanya disebabkan oleh kematian /belum baligh / tidak siuman /atau sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak.

3.3.3 Jika wali telah meninggal dunia, pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati wali setiap susunan DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa bagi pemohon anak perempuan atau wali adik beradik lelaki.
Contoh 1: Jika wali pemohon adalah datuk. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan sijil mati bapa DAN salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa

3.3.4 Sekiranya gagal mengemukakan salinan sijil mati / salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa, pemohon hendaklah membawa dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan semasa pemohon menghantar borang permohonan.
 
3.3.5 Jika wali pemohon belum baligh DAN di bawah umur 15 tahun Qamariah pemohon hendaklah membawa
dua orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan wali pemohon belum baligh semasa menghantar borang permohonan

3.3.6 Permohonan kebenaran berkahwin akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah jika :

a) Wali tidak dapat dikesan ( wali ghaib).

Contoh : Seorang pemohon perempuan telah tinggal bersama keluarga angkat sejak lahir. Beliau dan keluarga angkat tidak mengetahui tempat tinggal bapa kandung dan tidak mengetahui samada bapa telah meninggal atau masih hidup.

b) Tiada wali nasab (tiada wali seperti susunan di atas).Contoh saudara baru yang tidak mempunyai wali, anak tidak sah taraf, dll

c) Wali Enggan untuk menjadi wali.


Contoh : Seorang pemohon perempuan ingin berkahwin tetapi tidak mendapat

3.3.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c)) ”.
 
 3.3.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen 18(1)(c)) ” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .


 
3.3.9 Pemohon hendaklah memastikan wali telah menandatangani di ruang disediakan.



3.3.10 Jika Wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan, pemohon hendaklah melengkapkan Borang Izin dan Wakalah ( JAIP.US.15 ).


3.4 STATUS
 
3.4.1 Pemohon hendaklah menentukan status perkahwinan.
3.4.2 Jika status perkahwinan pemohon adalah beristeri atau duda cerai hidup sedangkan bekas isteri masih dalam iddah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berpoligami daripada Mahkamah Syariah sebagai ganti akuan bujang yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.3 Jika status perkahwinan pemohon adalah janda atau balu, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan yang dinyatakan di dalam senarai semak.

 

3.4.4 Jika status perkahwinan pemohon adalah Teruna/Dara/Thayyib (perempuan yang pernah bersetubuh), pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan status seperti yang disebutkan di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.5 Pengesahan majikan yang beragama Islam sahaja diperakui jika pengesahan status ditandatangani oleh Majikan.


 
3.4.6 Jika status perkahwinan pemohon Janda berhias (seorang perempuan yang telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya) yang belum habis iddah perceraian

bukan Janda berhias seorang perempuan yang bercerai dan telah disetubuhi oleh suaminya) , hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

3.4.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk mengisi “ Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias) Subseksyen 18(1)(b))”.

3.4.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu “Borang PermohonanBernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa Iddah / Janda Berhias ( Subseksyen 18(1)(b))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .

 


3.5 Permastautinan


3.5.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan permastautinan jika alamat sekarang tidak sama dengan kad pengenalan.
3.6 PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR (WALI HAKIM)


 
3.6.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar (Wali Hakim)daripada tempat pemohon tinggal.


PERINGATAN.

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah sebulan dari tarikh cadangan berkahwin.

2. Borang permohonan dianggap lengkap apabila telah mengisi semua maklumat yang diperlukan dan menyertakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam senarai semak.

3. Bagi Pemohon dan pasangan di dalam daerah yang sama borang permohonan berkahwin hendaklah dikemukakan serentak ke Pejabat Agama Islam Daerah.

4. Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima oleh Pejabat Agama Islam Daerah.


5. Kebenaran berkahwin tidak dapat dikeluarkan pada hari yang sama dengan permohonan yang diterima disebabkan perkara-perkara berikut:

5.1 Permohonan berkahwin yang dilanjutkan ke Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan di para 3.2.2, 3.3.6 dan 3.4.6 panduan ini.

5.2 Gagal mengemukakan 2(dua) orang saksi seperti yang dinyatakan di para 3.3.4 dan 3.3.5panduan ini.

5.3 Gagal mengemukakan borang izin dan wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan.
 
5.4 Borang wakalah tidak ditandatangani oleh Qadhi / Pendaftar di tempat walinya tinggal.

5.5 Sebahagian maklumat
 
 
Hanya clik link di bawah untuk download borang :



 
 










 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.