Sunday, October 12, 2014

Raya Aidil Adha Bersama Insan Tercinta



Fist raya bersama Alisha Safiya, mama baru pantang 23 Hari bersamaan 23 hari umur Alisha so kali ni hanya pic Alisha & papa je Mama snap sebab Mama masih debab. Agak-Agaknya boleh ke turun badan ni. Masih belum timbang lagi. Oh berat Alisha pula dah lebih 3.8 kg. Alhamdulilah anak mama dah besar dengan sihat. Tak sabar nak melihat pekerbangan malaikat kecil mama hari demi hari.Love u saying tak lupa juga love u Papa Alisha.








List beberapa jenis Breast Pum terbaik untuk para Ibu



As Salam, alhamdulilah Yaya selamat lahirkan baby Alisha Safiya dah masuk 19 hari. Now Yaya memang bagi Exclusive breastfeed pada baby Alisha, rezeki baby moga Allah makbulkan doa untuk susukan Alisha until > 2 tahun.
Kali ni Yaya nak cerita mengenai breast pum, keperluan untuk ibu yang Exclusive breastfeed & Fully breastfeed.

Oh apa itu Exclusive breastfeed & Fully breastfeed.

1.      Exclusive breastfeed : bayi minum susu ibu sahaja
2.      Fully breastfeed: bayi minum susu ibu dan sudah mula makan makanan pejal tanpa minum FM


Ada beberapa jenis breast pum yang bagus dan menjadi pilihan para ibu diluar sana. Tapi bagi yaya sendiri penah pakai 2 jenis brand iaitu Avent manual & Madela mini electric. Ni atas masing-masing lah, badan sendiri so memasing ada penilaian sendiri.

Avent


double electric


Philips Avent Natural Manual Breast Pump




Medela


Medela_FreeStyle

Pump In Style® Advanced 


Swing™ Breastpump


Detik Kelahiran Puteri Sulung Faiz & Hidayah





Tarikh keramat for me 13/9/2014 lahirnya seorang puteri yang diberi nama Alisha Safiya(wanita mulia yang di lindungi Tuhan). Tarikh ni juga special sebab En Huby born in same date. Alhamdulilah syukur pada Allah, ini lah hadiah special yang dikurniakan oleh Allah pada Yaya
Mengimbau kembali detik before bersalin :

9/9/2014

Start waktu Maghrib kekerapan baby mengeras makin kerap, buat Yaya sesak nafas dan tak selesa. Susah nak lelap mata sebab perut tak selesa,baby pun aktif sangat bergerak.

10/9/2014

Kekerapan mengeras still berpanjangan until pagi, pada mulanya Yaya buat tak kisah. Then chat dengan kakak ipar tanyakan hal ni then dia suggest untuk check terus ke Hospita, its okey if baby bagi false alarm kat mama.

Pagi tu yaya kira kekerapan baby mengeras,tiap 10 minute je baby mengeras. Sesambil buat payroll yang nak close dalam minggu ni,Yaya tetap la google mengenai kekarapan baby mengeras ni. Wooo siapa yang tak risau. Sepatutnya due pada 17/9/2014, in case tercepat ke mana la dapat duga. Dah la banyak dengar kisah baby lemas dalam perut. Yaya ni 1st experience so kene take serious even hal kecik.

En Huby ada training area office Yaya so tak da la Yaya risau sangat. Tapi En Huby keep remained Yaya amik MC, tapi payroll punya pasal tak da makna nak cuti. Mr Huby keep msg Tanya perkembangan Yaya, makin lama makin seak nafas ni. Mr Huby ajak jugak pg Hospital time lunch untuk check then Yaya pun setelkan semua keje then pesan dekat office mate & bos cakap nak pg Hospital amik time off.

Sesampai je dekat Hospita An-Nur terus doc buat CTG(bacaan jantung baby) dan check kekerapan contraction. As per Doc cakap, contraction memang tinggi tapi Yaya tak rasa pun sakit Cuma sesak nafas, then doc check bukaan iaitu hanya 3cm. Ramai yang share experience time kene seluk untuk check bukaan sakit yang amat, tapi experience Yaya pulak tak ada la sakit pun. Mungkin tengok kepakaran doc yang seluk tu mayb.

Doc suruh check urine, time dalam toilet nak amik urine huh terkejut yaya keluar darah..tunjuk kat nurse yang urine banyak darah, Doc check then kata urine ada infection so Yaya boleh balik & Doc bekalkan beberapa ubat.

Sebelum balik rumah, Huby ajak singah solat kat surau berhampiran rumah, almaklum lah malsa nak mendaki rumah 5 tingkat tanpa lif. Before amik semayang yaya rasa nak melepaskan hajat kecil, then tetiba tenguk underway penuh darah pekat. Rasa nak pitam, terus rasa nak nagis sebab lebih kepada perasaan takut yang teramat. Pg balik Hospital, then kene tahan sebab Doc nak pantau keadaan,bukaan still 3cm.

11/9/2014

Contraction makin berkurang, perut pun tak mengeras sangat. Doc benarkan balik, seriously duduk Hospital sebenarnya tak dapat nak rest sebab tiap masa nurse datang nak check macam2. Oh Mr Huby sentiasa menjadi peneman yang setia. Mak Yaya pun sampai dari kampong malam tu.

12/9/2014

Yaya duduk relax dekat rumah, En Huby of cos pg training. Mak la jad checf kat rumah..oh bestnya.
Tepat2 En Huby sampai rumah, air ketumban Yaya pecah pada jam 7 macam tu. Air tu rasa panas je & tak boleh control. Terus la Mr Huby panggil mak, then mak kata pg mandi dulu. Mak kata time mandi tu minum air dari hujung rambut tu. Time mandi air ketumban makin laju keluar.

Waktu azan tu kami bergerak terus ke Hospital, ok muka ni lagi yang datang huhu. Doc siap kata kesian awak asyik datang je hospital. Doc check yup memang dia kata air ketumban dah pecah tapi bukaan still 3 cm. Yaya solat magrib dulu, then doc kata nak masukkan drip water untuk membantu contraction and Doc sugest untk ambil epidural. Kakak and kawan2 yaya sebelum ni penah nasihatkan jangan amik epidural, atas nasihat Doc and setelah berbincang dengan Mr Huby and Doc so Yaya amik.

Before kene cucuk, nurse suruh Yaya makan dulu. Mr Huby belikan makanan untuk Yaya ada tenaga nak meneran nanti. Dia pun tak makan lagi sebab risaukan Yaya. Yaya memang tak selera nak makan. Nasi satu bungkus tu Yaya & Huby share tu pun tak habis.

Uhhh time cucuk kat belakang tu ngeri. Yaya peluk bantal then doc cucuk belakang. Bila tiub tersentuh urat so kaki kekejangan sakit. Beberapa kali juga Doc terpaksa ubah kedudukan tiub tu.
Lepas tu kene cucuk lagi kat tangan untuk masukkan drip water. Banyak kene cucuk, time tu dah berdebar takutnye nak alami sendiri contraction tu.

13/9/2014

Jam dah 12.01 still tak ada contraction even dah masukkan drip water. Doc suruh yaya tido sebab katanya lama lagi baru nak bersalin. Mak masuk ke lanour room untuk tengok keadaan Yaya, mak suapkan air zam-zam then sapukan air zam-zam dekat perut & belakang Yaya. Mak bacakan beberapa ayat dekat dahi Yaya.

12.30 ++ jantung baby drop dari 180 ke 30, time tu nurse semua kalut. Yaya & Huby mana paham apa2 pun, terus doc datang & kata kene buat operation sebab jantung baby hamper nak drop ke 20 lagi bahaya kata doc.

Menitis juga air mata ni,Mr Huby pun sedih sambil cium dahi Yaya..oh lagi buat Yaya sedih. Doc

epidural ditambah lagi untuk kebaskan dari pingang ke bawah. Epidural digunakan time pembedahan tu. Mr Huby ada bersama time operate tu. Yaya dapat rasa perut ditarik kiri kanan tapi tak rasa sakit.
Time kepada baby dah Nampak Doc Tanya Mr Huby nak snap pic tak, Mr Huby terus lari amik phone kat luar. Yaya dapat dengar jeritan baby. Doc angkat baby & tunjuk pada Yaya. ALhamdulilah syukur semua selamat.

Baby terus dibawa untuk sedut oksigen sebab lemas, Mr Huby terus ikut nurse yang bawa baby untuk dibersihkan dan di azankan oleh Mr Huby.

After operation Doc suruh yaya rest tapi pagi tu langsung tak dapat lelapkan mata, terdengar je tangisan baby. Terlalu teringin nak dakap anak sendiri.

Bawah ni Yaya kogsikan bebarapa pic waktu operation.











Wednesday, August 20, 2014

Antara khasiat air kelapa muda bagi ibu yang sedang hamil







1) Minuman isotonik alami

Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.


2) Menguatkan sistem pertahanan tubuh

Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.

3) Membantu mencegah sembelit dalam  sistem pencernaan

Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.

4) Mencegah daripada keluhan "Heartburn"

Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom  heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.

5) Mencegah kekejangan

Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan  4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.

6) Membantu mengurangkan  "Morning Sickness"
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.


7) Penawar racun

Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric  ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

8) Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.

9) Membantu proses bersalin

Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.







Tuesday, June 3, 2014

Check list barang keperluan mama & baby untuk harian dan untuk dibawa sewaktu di Hospital




Waktu nak kahwin dulu sibuk buat check list kahwin. Sekarang mestila ada check list keperluan mama & baby pulak. Bila ada check list lebih mudah nak kenal pasti barang apa yang dah beli dan  belum lagi. Yaya siap buat table lagi, print then tampal dekat buka kesayangan yang selalu dibawa kemana saja.
KEPERLUAN BABY ( PAKAIAN)
Barang
Remark
1) Bakul pakaian bayi
2) Baju Lengan Panjang
3) Baju Lengan Pendek
4) Seluar Panjang
5) Seluar pendek
6) Rompers
7) Mittens & Booties- 
8) Bonnet @ Topi- 
9) Baby Bip-
10) Barut- 
11) Bedung



DIAPERING
Barang
Remark
1) Napkin
2) Baby pin
3) lampin pakai buang
4) Wet tisssue
5) Changing mat-tukar lampin
6) Nappy liners
7) Baldi dan bakul untuk lampin / baju kotor
8) Detergent khas pencuci baju
9) Botol sembur air



BABY CARE & GROOMING

Barang
Remark
1) Bakul Barang Mandian
2) Baby Bath
3) Baby Shampoo
4) Baby Powder
5) Baby lotion
6) Baby oil
7) Tab Mandian Bayi
8) Tuala mandi
9) Tuala muka
10) Bakul Barangan Grooming &Health Care
11) Minyak Telon
12) Nappy rush cream
13) Vicks
14) Methylated Spirit- Alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh
15) Gripe water / Colic water (untuk kembung perut bayi)
16) Gunting Kecil
17) Pemotong Kuku
18) Nasal Aspirator
19) Termometer
20) Sikat / Berus Rambut
21) Toothbrush
22) Cotton Bud  
23) Cotton ball  



BARANGAN BREASTFEEDING
Barang
Remark
1) Botol Susu
2) Puting
3) Berus pembersih botol
4) Penyepit botol
5) Sterilising tablet
6) Cecair pencuci botol
7) Breast Pump Set
8) Cooler Bag Set
9) Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh) 
10) Bottle Sterilizer 
11) Storage Bottle
12) Nursing Cover
13) Nursing Bra 
14) Nursing pad washable
15) Nursing pad disposal
16) Termos


NURSERING- KEPERLUAN TIDUR BABY
Barang
Remark
1) Set tilam
2) Extra tilam nipis bear
3) Comforter
4) Kelambu
5) Baby cot @ play pen


BARANGAN ASAS UNTUK MAMA
Barang
Remark

1) Set Selepas Bersalin 
2) Bengkung
3) Baju Sejuk
4) Tungku Moden.
5) Selipar
6) Kain Batik
7) Pad (Extra Long)
8) Stoking
9) Minyak urut



KELENGKAPAN LAIN
Barang
Remark
1) Stroller
2) Car seat 
3) Baby carrier
4) Diapers bag
5) Mainan untuk play pen
6) Bouncer


BEG HOSPITAL MAMA
Barang
Remark
1) Buku Rawatan Merah
2) Kad Pengenalan
3) Guarantee Letter
4) Telefon Bimbit
5) Kamera -
6) Baju / T-Shirt
7) Kain Batik
8) Tudung / Skaf
9) Stoking
10) Baju Dalam / Seluar Dalam
11) Tuala Muka
12) Peralatan Mandi
13) Tuala Mandi
14) Bedak
15) Sikat
16)  Maternity Pad
17) Pad Biasa
18) Breast Pad
19) Baju Sejuk
20) Selipar
21) Beg Plastik Baju Kotor
22) Minyak Angin / Urut
23) Beg Pakaian
24) Getah rambut
25) Disposable panties (1set)


BAKUL HOSPITAL MAMA
Barang
Remark
1) Air Selusuh
2) Air Zam-Zam
3) Makanan / Minuman( biskut/roti/milo segera)
4) Termos Panas
5) Majalah / Buku / Al-Quran
6) Tisu
7) Bakul


BEG HOSPITAL BABY
Barang
Remark
1) Pampers New Born
2) Baju Siang / Malam (panjang)
3) Seluar Siang / Malam (panjang)
4) Mitten & Booties
5) Bedung
6) Barut
7) Topi 
8) Selimut
9) Tuala Mandi Baby 
10) Tuala Muka 
11) Baby Wipes 
12) Baby Bath 
13) Baby Shampoo
14) Baby Powder 
15) Baby Lotion
16) Baby Oil 
17) Vicks 
18) Minyak Telon
19) Diaper Beg
20) Napkin








Percutian singkat ke sabah


Masa tidak mengizinkan Yaya & Huby berada disabah untuk tempoh masa yang lama disebabkan Yaya dah 5 bulan pregnant. Sepatutnya tarikh ke sabah pada 13 September 14 iaitu tarikh lahir Huby. Perancangan dibuat oleh adik beradik Huby. Tapi Allah lagi maha berkuasa, Allah memberi rezeki anak pada kami,due pada bulan 9. Disebabkan tu la Yaya & Huby mempercepatkan pada bulan 5 our Holiday.

Kami menginap di Prescott Hotel


Sampai je terus check in, rehat untuk beberapa jam. Huby pegi round sekeliling sorang-sorang sebab dia risau Yaya tak larat nak berjalan almaklumlah berbadan dua. Hotel terletak di tengah bandar. Kiri kanan ada kedai makan dan juga mall mudah untuk membeli belah. Hanya jalan kaki je bila nak pergi shoping ke Pasar Filipina.


Kemana je tempat yang Yaya & Huby pergi

Pasar Filipina Sabah

Disini la tempat yang murah untuk membeli belah. Pasar Filipina terbahagi kepada dua bahagian iaitu asar basah dan pasar kering. Apa yang menarik di pasar kering adalah kraftangan dan cenderahati. Juga Kaya dengan mutiara yang dijadikan rantai, keronsang, subang, butang baju melayu dan pelbagai lagi. Kristal di sini pun murah dan berkualiti.
Kalau pasar basah terkenal dengan hasil laut contohnya ikan kering, keropok dari hasil laut yang dibuat oleh orang Sabah dan hasil laut yang fresh. Paling mudah mencari snek yang murah dan pelbagai disini dan juga masih boleh tawar menawar harga.










Next post baru sambung untuk next trip sebab mama malas nak menaip......