Tuesday, November 19, 2013
Baju Sanding perempuan - Krim Coklat
Yaya paling suka baju sanding ni sebab Yaya berusaha jahit manik habis habisa. Dan still tak sure sebenarnya baju Yaya ni warna apa. Tapi tak kisah la sbb majilis berjalan lancar. Tudung dan veil ni pun dayah buat sendiri. Cost tudung Rm 8 dan jahit manik sendiri pada tudung mcm tu juga dengan veil.
Picture credit to http://www.19meidesign.com
Baju Sanding Lelaki - Krim Coklat
Baju En Husband ni sewa dekat butik area Bangi, butik sama yang buat baju nikah En Husband. Baju ni tempah baru cos nak ikut bentuk badan En Husban.
Picture credit to http://www.19meidesign.com
Baju , Shawl , Veil Nikah Perempuan
Baju nikah Yaya tempah dekat tailor Cina. Baju ni adalah dress labuh bukan bju kurung moden. Tangan baju ni Yaya saja buat berbeza sikit. Veil buat sendiri dari kain lace yang sama begitu juga dengan shawl ni Yaya buat juga menggunakan manik tampal jahit.Shawl ni Yaya beli dengan harga dalam RM 8 then DIY dengan kehendak dan kretiviti sendiri. Kain untuk buat Shawal Yaya beli 2 meter Harga tak sampai Rm10.
Picture credit to http://www.19meidesign.com
Baju & Sampin Nikah Lelaki
Baju + Sampin
Baju nikah kami seperti yang penah diberitahu,warna putih suci. En Husband tempah dekat butik di area Bangi. Tempah sebab badan EN hisband kecik if beli siap tak cantik lah. Samping kami cari dekat kawasan masjid India. Songket warna ungu dan bunga oren + biru. Ada satu mall dekat area situ. dekat Mall ni ada banyak kedai pengantin. Tapi lupa apa nama mall ni.
chocolate fountain Buffet Table
NAK jugakkan menghias chocklate fountain table. Yaya siapkan semua keperluan dan adik Iya yang tolong hiaskan. 3 Hari before tu Yaya & Amin (adik laki) angkat meja susun dekat depan. Sakit oitt belakang pengantin. Bila majlis xboleh berdiri tegak hihi. So ni la hasilnye..hanya bertahan untuk beberapa jam sahaja. Prop dah hilang,xsempat pun nak bergaya dalam gambar. Banyak jugak menu dalam ni di sponser oleh kawan & sedara. Thanks to Haida sebab sponser jelly bean and my hot mak ngah uji sponser apam polka dot. Love u all
Picture credit to http://www.19meidesign.com
Dessert - Pelbagai Kek
Hebat tak my Sis, sempat dia buat pelbagai kek untuk menghiasi meja dessert Yaya. Ada 3 Jenis Kek yang dia buat dan habis terus bila letak. Tak dapat pun rasa. Kali ni abg ipar yang tolong buat sama. Kempunan abg ipar tak dapat rasa kek buatan sendiri. Akak simpan dalam peti ais sikit tapi sudah hilang dimakan manusia.
VIP Doorgift - Red Velvet Cake in Jar
Red Velvet Cake
Tiga hari before Wedding day ,Yaya, kakak serta adik tersayang bertungkus lumus siapkan red velvet cake ni. Perlu lah buat 3 hari before supaya rasa dan bentuk masih cantik. Pegantin panda la nampak gayanya. mana taknye tak cukup tido. Kak Farah la orang paling penting, dia menyiapkan kek ni dari mula until habis. Time last tu Yaya dah tak tolong almaklumlah pengantin buzzy. Dayah cuma buatkan cream, yang lain Kak Farah buat
Subscribe to:
Posts (Atom)





















