LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Get prepare before kahwin..step by step bagus untuk mengelakkan ada pape yg tercicir walaupun tetap ada je yg terlupa nak buat..Semoga Allah merahmati setiap liku2 perjalan ke arah kebaikan...
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Berbincang hal-hal
perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal
pengantin.
|
•
|
Menentukan
perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk
majlis perkahwinan tersebut.
|
•
|
Menentukan konsep
majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang
anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
|
•
|
Rujuk direktori
perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad
jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui
rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
|
•
|
Mengenalpasti baju
pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi
yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan
pakaiannya)
|
•
|
Tempah
jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
|
•
|
Mencari
rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
|
•
|
Kenalpasti Jabatan
Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang
berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Semak semula jumlah
sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang
hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain
hantaran.
|
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghadiri kursus pra
perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah tok kadi
untuk majlis pernikahan anda.
|
•
|
Menempah videografi
atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
|
•
|
Membeli cincin kahwin.
|
•
|
Tentukan sama ada
anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin
menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda,
serta harga yang ditawarkan.
|
•
|
Menyediakan senarai
tetamu yang akan dijemput
|
•
|
Menempah sekumpulan
pemuzik dan DJ (jika perlu)
|
•
|
Lakukan rawatan muka,
badan dan rambut.
|
•
|
Jika ingin berbulan
madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya.
Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
|
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Memilih dan mencetak
kad jemputan kahwin.
|
•
|
Mengesahkan tempahan
di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
|
•
|
Melakukan pemeriksaan
kesihatan di klinik atau hospital.
|
•
|
Rawatan intensif
muka, badan dan rambut.
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Memaklumkan kepada
saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
|
•
|
Mengenalpasti
beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan
pihak lelaki.
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Kenalpasti dua orang
saksi untuk majlis pernikahan anda.
|
•
|
Bagi wanita yang
kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari
mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
|
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Membeli barang kemas
|
•
|
Tentukan pengapit
anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
|
•
|
Menghantar kad
jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
|
•
|
Merujuk kepada
Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar
pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)
|
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan pakaian
pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah
berpuashati.
|
•
|
Pastikan ada
seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan
berlangsung.
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Pilih gaya rambut
yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung,
pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
|
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghias pelamin,
bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Sediakan seterika,
papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku
kecemasan.
|
•
|
Jika perlu ingatkan
tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
|
•
|
Hubungi jurufoto,
juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka
datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Sediakan (packing)
barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di
saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
|
•
|
Mandi air panas
bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
|
•
|
Tidur awal dan
bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Tentukan siapa yang
akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis
pernikahan.
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Hubungi hair dresser
anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Kenalpasti siapakah
yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda.
(begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
|
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan anda membawa
kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis
ijab dan kabul.
|
Bagi pengantin lelaki
•
|
Pastikan anda telah
menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
|
•
|
Pastikan wang hantaran
(terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
|
•
|
Pastikan anda telah
menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
|
•
|
Cincin / gelang
tangan / rantai.
|
•
|
Sirih junjung dan
lain-lain hantaran.
|
•
|
Pihak lelaki dan
pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada
waktu yang telah ditetapkan.
|
•
|
Pastikan mereka yang
menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
|
•
|
Pastikan tok kadi
yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari
pernikahan anda.
|
•
|
Pada
malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan.
Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri
seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
|
PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Ambil sarapan seawal
tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
|
•
|
Jangan takut untuk
menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
|
•
|
Pastikan majlis anda
berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
|
Bagi pengantin lelaki:
•
|
Pastikan anda datang
tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang
telah ditetapkan
|
•
|
Pastikan kesemua
hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
|
Bagi pengantin perempuan:
•
|
Pastikan anda telah
bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah
anda.
|
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•
|
Melawat keluarga dan
sanak saudara kedua-dua pihak.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.