Thursday, May 23, 2013

Review Baju Nikah - 1







Alhamdulilah diberikan kasihatan yang baik…..Baju nikah dah siap. Segalanya menepati apa yang sy bayangkan. But still ada but, kain tu tailor buat panjang. Cakap dekat dia buat ngam-ngam dengan tinggi. Tapi dia still buat ekor tu labuh ke belakang, depan ok je. Memang cantik tapi  tak ke macam baju nak sanding pulak. Tapi En Tunang kata ok je so no alteration made. Kain  tu En Tunang yang bagi (sponsor by bakal mak mentua). Tailor yang sy hantar kain ni banyak menerima tempahan dress wedding dan banyak lagi baju berfesyen. Lim nama dia, yes tailor cina. Baju nikah ni sy buat dress tapi still ada ciri2 baju kurung moden…macam mana tu. Nampak macam 2 pieces, but actually 1 piece. Design tangan baju ni Nampak ala-ala muslimah sikit. Dah crowded dengan manik, bukan jahit sendiri tapi memang kain ni full bead. Kenapa tak hantar kat tailor Melayu sebabnya dah survey tapi agak mahal juga la harga ambil then time survey kat Lim terus En Tunang agree nak tempah kat sini. So Boss already speaks out. Untuk bakal-bakal pengantin ni nasihat saya satu je if nak tempeh baju rajin-rajinlah survey mana quality jahitan dan harga yang bagus. Memang lah ramai kata nak yang cantik harga pun cantik…ikut kemampuan masing2 k. Ada sorang kawan saya ni dia memang tempah baju kahwin,nikah,tunang dekat tailor yang ternama..bukan niat dia untuk belagak or menunjuk, dia mampu untuk semua itu dan dia amat pentingkan quality. Jadi jangan antara kita jealous bila seseorang tu dapat lebih baik dari kita. Masing-masing ada rezeki masing-masing, doakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. Biar cemburu yang membawa kebaikan jangan cemburu yang membawa padah. Dosa dapat dan hati pun sakit. Lagi satu jangan ikut sangat orang, means kawan kita tempah baju kat tailor terkenal contoh macam hatta dolmat , kita pun nak jugak tapi xfikirkan budget. Parah jadinya nanti..fikir sebelum anda buat. Sejujurnya saya tempah pada tailor yang saya mampu sahaja, ikut cita rasa sendiri sebab saya xmengeluarkan budget yang tidak terlalu banyak untuk majlis kahwin ni because life after marriage is more important to me.

Ni la kain untuk baju nikah


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.