Monday, June 3, 2013

Sample Pelamin Nikah


 
 
Maksud Pelamin
 
Pelamin merupakan suatu simbolik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstui oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula. Mari kita lihat faktor penting pemilihan pelamin yang sesuai;

1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ‘sempit’

2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen-elemen yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan-hiasan bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.

3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. Pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pereka pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.

Untuk pelamin nikah dalam perancangan buat dekat rumah. Saya nak pelamin yang simple untuk acara pembatalan air sembahyang. Saya amik pelamin dengan Mangga Collections by Nurul Zilawani Kat bawah ni ada contoh-contoh pelamin nikah mungkin boleh memberi idea kepada pasangan pengantin.










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.