Yup memang doorgift tetamu yaya & family buat sendiri..huhu nampak tak kepenatan disitu. Dalam jar tu ada yang dapat cookoies dan ada yang dapt agar2 kering. Ha ada lagi ke yang tidak tau apa tu agar-agar kering, mungkin orang lama je tau. Tapi yaya tau sebab dulu mak penah buat. Jom kita baca infor tentang agar-agar kering dengan resepi sekali yaya bagi.
Agar-agar kering merupakan sejenis kuih tradisional lama. Ia merupakan agar-agar pelbagai warna yang dijemur sehingga kering dan tahan lama.
Resipi
Bahan-bahan
- 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
- 400 gm gula
- 1 cawan gula batu
- 6 gelas air
- Daun pandan
- Pewarna merah dan hijau
Penyediaan
- Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
- Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api.
- Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.
- Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai.
- Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan mengecut apabila dijemur.
- Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang dan jemur ditengah panas sehingga betul-betul kering.
- Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua bahagian agar-agar kering dengan sekata.
- Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.