Thursday, December 5, 2013

Make up Bersanding – Bangi




Pemilihan MUA adalah amat penting untuk majlis yang istimewa. Siapa yang tak nak diri di puji saat berada di atas pelamin. Mata panda hilang hihi muka nampak licin. Yaya bukan tahu bab makeup ni. Cuma dapat pengalaman dari kawan. Jom Yaya share sedikit Tip memilih MUA

Pastikan Booked MUA awal – Bila kita dah sure siapa MUA yang kita nak pastikan tempah awal kerana takut MUA tu di kebas pengantin lain.Tapi yaya buat tempahan last minut jugak tapi awal2 lagi dah bertanyakan tarikh tu MUA free tak Cuma bayar booking lambat sikit. Terlupa punya pasal

Test make-up/pre-wedding makeup - Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih. MUA untuk belah Huby ni memang Yaya try time pre wedding makeup. Suka sangat sebab makeup tahan lama.


Hanya anda seorang - Pastikan agar MUA anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan MUA anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan. 


Berbincanglah – Pastikan anda dan MUA anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan MUA menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan MUA) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda


Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan MUA anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. 








Ni semua hasil make up Kak Yana aka MUA. Totally Yaya jatuh hati dengan hasil tangan dia. Orangnya pun happy go lucky. Mudah berurusan dan rajin balas sms dan col. Sesiapa yang dekat bangi dan luar kawasan boleh la try amik Kak Yana as your MUA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.