Tuesday, June 3, 2014

Percutian singkat ke sabah


Masa tidak mengizinkan Yaya & Huby berada disabah untuk tempoh masa yang lama disebabkan Yaya dah 5 bulan pregnant. Sepatutnya tarikh ke sabah pada 13 September 14 iaitu tarikh lahir Huby. Perancangan dibuat oleh adik beradik Huby. Tapi Allah lagi maha berkuasa, Allah memberi rezeki anak pada kami,due pada bulan 9. Disebabkan tu la Yaya & Huby mempercepatkan pada bulan 5 our Holiday.

Kami menginap di Prescott Hotel


Sampai je terus check in, rehat untuk beberapa jam. Huby pegi round sekeliling sorang-sorang sebab dia risau Yaya tak larat nak berjalan almaklumlah berbadan dua. Hotel terletak di tengah bandar. Kiri kanan ada kedai makan dan juga mall mudah untuk membeli belah. Hanya jalan kaki je bila nak pergi shoping ke Pasar Filipina.


Kemana je tempat yang Yaya & Huby pergi

Pasar Filipina Sabah

Disini la tempat yang murah untuk membeli belah. Pasar Filipina terbahagi kepada dua bahagian iaitu asar basah dan pasar kering. Apa yang menarik di pasar kering adalah kraftangan dan cenderahati. Juga Kaya dengan mutiara yang dijadikan rantai, keronsang, subang, butang baju melayu dan pelbagai lagi. Kristal di sini pun murah dan berkualiti.
Kalau pasar basah terkenal dengan hasil laut contohnya ikan kering, keropok dari hasil laut yang dibuat oleh orang Sabah dan hasil laut yang fresh. Paling mudah mencari snek yang murah dan pelbagai disini dan juga masih boleh tawar menawar harga.










Next post baru sambung untuk next trip sebab mama malas nak menaip......



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.