1)
Minuman isotonik alami
Minuman
isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh
tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses
rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air
berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami
dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun
berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
2)
Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric
yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus
yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem
pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda
untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema,
mahupun penyakit berjangkit lain.
3) Membantu
mencegah sembelit dalam sistem pencernaan
Semasa
kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan
menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus
dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu
hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel
tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada
ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan,
sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang
seang mengandung.
4) Mencegah
daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan
Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil.
Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa
muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh,
membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa
kepada ibu hamil yang meminumnya.
5) Mencegah
kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
6) Membantu
mengurangkan "Morning Sickness"
Antara
khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah
yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
7) Penawar
racun
Air kelapa
muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam
lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan
sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang
mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
8)
Meningkatkan HDL
Air kelapa
muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda
mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.
9) Membantu
proses bersalin
Kandungan
elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai
pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu
proses bersalin dengan lebih lancar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.