PENTINGNYA MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA
1. Untuk mendapatkan zuriat
2. Untuk mengelak kehamilan
APA ITU KITARAN HAID
Satu kitaran haid purata berlangsung
selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid
berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23
hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat
atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya
berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)
- ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk
diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid
datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk
mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam
sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini,
hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di
dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,
telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil
ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh
peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).
Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.
Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory.
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone
di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim
semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada
persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok
Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang
terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah
kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara
tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari
pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
(14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
(14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Keliru? Macam ni. Katakanlah dia period 28 hari,
maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah
hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke
16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka
35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah
biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar
boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period
yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk
mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya
masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik
sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih
daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di
Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing
wanita.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka
hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk
mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan
kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan , ia
juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri
bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada
peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh
bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke
11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan
sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur
adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan
sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai
dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada
pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak
beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau
kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari
kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama
5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum
dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama
isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas
waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri.
Seperti yang dikatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko
yang tersendiri. Semoga info ini boleh membantu pasangan suami isteri
menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak
daripada bersama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.