Monday, April 1, 2013

Kenduri Yang Dilarang Hadir


 
Berdebar bila nak buat post ni.Macam2 rasa,takut kene hentam,maki ,tapi apa yg sy harap adalah teguran dan jasa baik kawan2 membetulkan apa yg salah kerana kemungkinan post ni ada sedikit unsur sensitif mengenai agama dimana sy juga tidak arif mengenai soal ni.Sy cuba membuat rujukan sebanyak yg mungkin dan bertanya kepada kawan2.Kadang2 kita pun xsangka rupanya ada kenduri kahwin yg dilarang hadir,dan mungkin blh membawa dosa jadi kepada mereka yang menerima jemputan kenduri perkahwinan, ingat bukan semua jemputan tersebut wajib kita hadiri. Saya bukan seorang yg arif mengenai hukum tapi insyallah kita sama2 berkongsi info, apa yg buruk adalah dari sy dan baik datangnye dari Allah.Sejujurnya sy sendiri pun baru mengetahui serba sedikit mengenai hal ini.

 

Dalam Islam ada beberapa majlis walimatul urus yang dilarang kita menghadiri seperti :

Pertama

Jika dalam majlis tersebut ada makanan atau minuman yang diharamkan seperti arak dan sebagainya.(kita sedar tak yg kita satu malaysia so rakan2 kita berlainan agama sblm pg ty dlu ada tak mereka menghidangkan arak atau sebagainya.Tapi kita pun kadang2 xterfikirkan hal ni)


Sabda Rasulullah saw, Maksudnya : Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia duduk di suatu majlis yang di dalamnya di minum minuman khamr. ( Riwayat At-Tabrani)



Kedua

Jika kenduri itu dianjurkan oleh tuan rumah yang berlatar belakangkan ahli maksiat seperi kaki judi, kaki nombor, kaki loteri, kaki zina, bapa ayam, penagih arak dan sebagainya.

Ketiga

Jika di dalam majlis itu ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan seperti bertukar-tukar pasangan, atau lelaki duduk bersebelahan dengan wanita yang bukan mahram (boyfriend dan girlfriend) dalam keadaan kaum berpakaian menjolok mata, memakai minyak wangi yang
semerbak baunya dan bergurau senda tanpa adab dan sopan.


Keempat

Jika majlis itu ada pengasingan antara orang kaya dan miskin. Orang-orang kaya disediakan tempat yang selesa seperti di bawah khemah yang berkipas serta hidangan lauk pauk yang lazat manakala orang miskin atau kebanyakkan duduk di bawah khemah yang sempit dan hidangkan makanan yang ‘biasa-biasa’ sahaja.


Sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam yang menyatakan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT melainkan taqwa.


Dan yang paling hina sekiranya tuan rumah hanya mengundang orang kaya-kaya sahaja manakala orang miskin tidak dijemput sama sekali


Sabda Rasulullah saw, Maksudnya : Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang diundang orang-orang kaya sahaja dan ditinggalakan orang miskin.


Kelima

Jika majlis itu ada upacara dan kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti upacara menepung tawar.


Upacara ini biasanya dilakukan dengan semangkuk air yang dicampur dengan pelbagai campuran seperti air beras, limau purut yang dihiris dan disiramkan dengan susunan dedaun seperti daun setawar, sepulih dan sedingin.


Sebelum dimulakan upacara siraman, ia terlebih dulu ditabur beras kunyit dan bertih. Digunakan beras kunyit kerana hendak memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi dan juga memelihara pasangan pengantin daripada roh jahat.

Jelas majlis seperti ini adalah haram, wajib dijauhi kerana mempunyai unsur syirik dan khurafat.

 

NAMUN BEGITU,

 

jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

 

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

 

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

 

Wallahu ‘Alam.


Keenam

 

Jika majlis itu mempunyai unsur-unsur hiburan yang melampau seperti menggunakan system audio yang membingitkan telinga sehingga para tetamu susah untuk berbual mesra dan bertegur sapa.


Suasana ini juga kadang-kadang berlarutan sampai ke malam sehingga menganggu jiran-jiran yang mempunyai anak kecil. Ada juga sesetengah tuan rumah menganjurkan joget lambak, pertandingan karoeke yang mana kesemua ini melalaikan dan menjadikan majlis itu tidak diberkati Allah SWT.

 

Manakala amalan berkompang dan menyanyi sambil mengarak pengantin
hukumnya adalah harus sekadar mewujudkan suasana gembira.


Oleh itu di sini akan dinyatakan ciri-ciri majlis *perkahwinan* yang sepatutnya dilakukan oleh orang islam sebagai peringatan dan bertepatan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W agar majlis tersebut menjadi satu bentuk ibadat kepada Allah S.W.T dan sebab untuk mendapat redha dan taufikNya


Kenduri *kahwin* dianjurkan adalah untuk mewar-warkan kepada orang ramai bahawa seseorang itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang disekeliling tidak tahu

 

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya berhibur, tetapi biarlah hiburan itu terkawal dengan adab sopan. Manakala lagu-lagu itu pula mendekatkan orang ramai kepada Allah SWT seperti nasyid, qasidah dan sebagainya.





 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.