Friday, April 19, 2013

Candy Buffet



 
 

Apakah maksud “Candy Buffet”?

Hidangan manisan yang terdiri daripada pelbagai jenis manisan iaitu gula-gula, lollipop, marshmallow, coklat  dan terkini kebanyakan orang menambahkan buah-buahan untuk disalut coklat yang dihidangkan di atas meja khas dengan pelbagai warna dan tema yang menarik.

 

Bagaimanakah “Candy Buffet” dihidang?

Manisan ini disusun didalam bekas pelbagai bentuk dan kebanyakkan mereka meletakkan manisan didalam bekas yang lutsinar untuk menaikkan keghairahan tetamu agar datang ke meja manisan ini.Lebih menarik jika chocolate fountain machine diletakkan di atas meja hidangan. Tetamu boleh mencelopkan buah-buahan dengan coklat ,sudah tentu itu lebih mengujakan para tetamu.

 

Perlu ke tidak Candy Buffet, ikut keperluan masing-masing.Tak pelu membazir sangat untuk majlis kahwin ni tapi jika ada kemampuan why not. Bagi sy pulak,memang dah ada chocolate fondant machine. Jadi hanya perlu beli marshmallow , biskut jejari dan mugkin buah apple sahaja.Time wedding my sis ada buat Candy Buffet ni,sangat cepat habis. Kebanyakanya perabis manisan ni kanak-kanak. Candy Buffet boleh jadi daya tarikan majlis. Sy sharekan vendor yang menyediakan pakej Candy Buffet.

Vendor for Candy Buffet, sy suggestkan candy holic, pakej menarik dan customer service sangat bagus. New vendor for this industry, try it sure you love it.sy list kan others vendor untuk rujukan semua
 
 









 

 

Wednesday, April 17, 2013

Jauhi Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT




Kenapa Dia Perlu Membenci


Semalam ada berlaku perkara sedih yang betul-betul menghiris hati ni. Kenapa si polan ni perlu membenci padahal kami bukan kawan pun. Tak tahu dari mana datangnya benci dia. Sebenarnya apa perasaan dia bila ada kebencian yang membuak-buak dalam hati. Bagi saya benci yang kita pendam ni mampu makan diri. Saya pun cuba untuk menjadi manusia yang bersabar dan mendekatkan diri padanya. Mungkin Allah menguji kesabaran hambanya. Kami tak dapat jadik kawan walau sedetik pun tapi dia dah menjadikan saya musuh. Nasib ada kawan yang menasihati dan memberi semangant.Kawan yang bagus bukan kawan yang menjadi batu api tapi yang memberi nasihat. Itu tuah saya kerana mempunyai kawan macam tu. Paling membahagiakan adalah bakal suami yang juga banyak menasihatkan dan memberi rangsangan moral.

Maka saya nasihatkan diri saya dan sesiapa sahaja, agar kita sama2 perbaiki akhlak kita. Kerana Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak dinafikan kita ini ada mempunyai sifat marah, tetapi semoga kita dapat mengawal dengan baik sifat marah yang tercela ini.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Huraiannya :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)

Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )

Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.

Nabi SAW memberi wasiat kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Nabi SAW bersabda, “Aku beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masaalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga.

Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.

Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang-orang yang tidak bersalah.''
(Hadis Riwayat Ahmad).

Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.

Pertama, munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.

Kedua, jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.

Ketiga, terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.

Rasulullah SAW mengecam orang-orang munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negeri kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger-bloger politik yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)

Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT dan tidak akan mencium bau syurga.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi diri kita daripada tiga jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat seperti hadis di atas. Untuk menjauhi daripada laknat Allah SWT perlulah kalian melakukan; pertama, mengasihi kedua ibu bapa kalian jangan menderhakainya dan berbaktilah kepada mereka jika mereka masih hidup dan jika mereka sudah meninggal dunia doakan mereka dan buatlah amal soleh untuk mereka. Kedua, jauhilah dan jangan cuba untuk mendekati wanita yang sudah berkahwin dengan tujuan-tujuan yang tidak bermoral, jika terdapat ruang-ruang fitnah cubalah menutupnya. Jika berhajat untuk mencari pasangan hidup carilah janda atau gadis yang masih belum berpunya dan gunakanlah cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Ketiga, janganlah sekali-sekali memecah belahkan perpaduan umat Islam. Jadikanlah diri kita sebagai penyelamat umat, pendakwah yang jujur dan ikhlas dan berjuang semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukannya untuk mendapatkan nama, pujian dan kedudukan dalam masyarakat.

Thursday, April 4, 2013

Wedding Signage (Penunjuk Arah ke Rumah Pengantin)






Penting ke direction (penunjuk arah) ke rumah pengantin.Yes memang sangat penting. Kawan yang kita kenal satu kawasan rumah mungkin tahu rumah kita tapi macam mana pula kawan satu office or tempat study .Belajar & bekerja kat negeri lain dan tempat asal pulak negeri lain confirm kawan2 kita tu tak penah datang lagi rumah kita. Bagi menghilangkan dan juga menghapuskan kekusutan mereka untuk mencari rumah pengantin maka penunjuk arah ke rumah pengantin adalah sangat membantu.

Apa yang wajib di tulis

1.      Nama pengantin lelaki

2.      Nama pengantin perempuan

3.      Arah kanan,kiri atau depan.

4.      Tarikh wedding

Kita boleh print out je atau pun tulis je dengan maker pen atas kertas A4 dan untuk lebih jelas boleh guna A3,yang penting arah tu mesti jelas dan tak mengelirukan.Mana pulak nak letak penunjuk arah?, tempat paling sesuai adalah di setiap simpang dan traffic light.Make sure sirection tu di cover dengan plastic kerana if hujan turun so basah lah kertas tu then tulisan pun tak nampah means tak guna juga buat direction ni.
Jom kita mencuci mata tengok contoh2 direction yang telah dibuat oleh bekas pengantin

















Monday, April 1, 2013

Weekend Yang Berharga


 
 

Minggu ni tak balik pahang sebab dua minggu yang lepas berturut-turut balik sebab kakak sepupu tunang. Happy for you sis, alhamdulilah Tuhan pertemukan dia jodoh yang baik.Walaupun pekenalan yang singkat tapi Allah dah takdirkan perjalanan penyatuan dua insan ni inyallah miggu depan pulak balik Pahang.

Pada mulanya perancangan minggu ni  nak pergi bekelah dengan officemate sebab ramai yang nak berhenti & ramai yang birthday pada bulan ni so celebrate sekali tapi tak jadik sebab masing-masing ada hal. Yaya & En Tunang pun just pg jalan2 dekat taman after tengok wayang, yelah ramai yang pesan sebelum kawen ni pegi la tengok wayang puas2 nanti dah kawin dah ada anak payah. After tu jumpe Haida , Imran & the hansom Aqif dekat hot balloon, tapi tak dapat tengok Aqif main kereta biru. Then jumpa Cik Zainab & Cik Anis dekat Alamandar main Boling. Masa yang sangat berharga..Love u all
 





 


Kenduri Yang Dilarang Hadir


 
Berdebar bila nak buat post ni.Macam2 rasa,takut kene hentam,maki ,tapi apa yg sy harap adalah teguran dan jasa baik kawan2 membetulkan apa yg salah kerana kemungkinan post ni ada sedikit unsur sensitif mengenai agama dimana sy juga tidak arif mengenai soal ni.Sy cuba membuat rujukan sebanyak yg mungkin dan bertanya kepada kawan2.Kadang2 kita pun xsangka rupanya ada kenduri kahwin yg dilarang hadir,dan mungkin blh membawa dosa jadi kepada mereka yang menerima jemputan kenduri perkahwinan, ingat bukan semua jemputan tersebut wajib kita hadiri. Saya bukan seorang yg arif mengenai hukum tapi insyallah kita sama2 berkongsi info, apa yg buruk adalah dari sy dan baik datangnye dari Allah.Sejujurnya sy sendiri pun baru mengetahui serba sedikit mengenai hal ini.

 

Dalam Islam ada beberapa majlis walimatul urus yang dilarang kita menghadiri seperti :

Pertama

Jika dalam majlis tersebut ada makanan atau minuman yang diharamkan seperti arak dan sebagainya.(kita sedar tak yg kita satu malaysia so rakan2 kita berlainan agama sblm pg ty dlu ada tak mereka menghidangkan arak atau sebagainya.Tapi kita pun kadang2 xterfikirkan hal ni)


Sabda Rasulullah saw, Maksudnya : Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia duduk di suatu majlis yang di dalamnya di minum minuman khamr. ( Riwayat At-Tabrani)



Kedua

Jika kenduri itu dianjurkan oleh tuan rumah yang berlatar belakangkan ahli maksiat seperi kaki judi, kaki nombor, kaki loteri, kaki zina, bapa ayam, penagih arak dan sebagainya.

Ketiga

Jika di dalam majlis itu ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan seperti bertukar-tukar pasangan, atau lelaki duduk bersebelahan dengan wanita yang bukan mahram (boyfriend dan girlfriend) dalam keadaan kaum berpakaian menjolok mata, memakai minyak wangi yang
semerbak baunya dan bergurau senda tanpa adab dan sopan.


Keempat

Jika majlis itu ada pengasingan antara orang kaya dan miskin. Orang-orang kaya disediakan tempat yang selesa seperti di bawah khemah yang berkipas serta hidangan lauk pauk yang lazat manakala orang miskin atau kebanyakkan duduk di bawah khemah yang sempit dan hidangkan makanan yang ‘biasa-biasa’ sahaja.


Sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam yang menyatakan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT melainkan taqwa.


Dan yang paling hina sekiranya tuan rumah hanya mengundang orang kaya-kaya sahaja manakala orang miskin tidak dijemput sama sekali


Sabda Rasulullah saw, Maksudnya : Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang diundang orang-orang kaya sahaja dan ditinggalakan orang miskin.


Kelima

Jika majlis itu ada upacara dan kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti upacara menepung tawar.


Upacara ini biasanya dilakukan dengan semangkuk air yang dicampur dengan pelbagai campuran seperti air beras, limau purut yang dihiris dan disiramkan dengan susunan dedaun seperti daun setawar, sepulih dan sedingin.


Sebelum dimulakan upacara siraman, ia terlebih dulu ditabur beras kunyit dan bertih. Digunakan beras kunyit kerana hendak memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi dan juga memelihara pasangan pengantin daripada roh jahat.

Jelas majlis seperti ini adalah haram, wajib dijauhi kerana mempunyai unsur syirik dan khurafat.

 

NAMUN BEGITU,

 

jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

 

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

 

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

 

Wallahu ‘Alam.


Keenam

 

Jika majlis itu mempunyai unsur-unsur hiburan yang melampau seperti menggunakan system audio yang membingitkan telinga sehingga para tetamu susah untuk berbual mesra dan bertegur sapa.


Suasana ini juga kadang-kadang berlarutan sampai ke malam sehingga menganggu jiran-jiran yang mempunyai anak kecil. Ada juga sesetengah tuan rumah menganjurkan joget lambak, pertandingan karoeke yang mana kesemua ini melalaikan dan menjadikan majlis itu tidak diberkati Allah SWT.

 

Manakala amalan berkompang dan menyanyi sambil mengarak pengantin
hukumnya adalah harus sekadar mewujudkan suasana gembira.


Oleh itu di sini akan dinyatakan ciri-ciri majlis *perkahwinan* yang sepatutnya dilakukan oleh orang islam sebagai peringatan dan bertepatan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W agar majlis tersebut menjadi satu bentuk ibadat kepada Allah S.W.T dan sebab untuk mendapat redha dan taufikNya


Kenduri *kahwin* dianjurkan adalah untuk mewar-warkan kepada orang ramai bahawa seseorang itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang disekeliling tidak tahu

 

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya berhibur, tetapi biarlah hiburan itu terkawal dengan adab sopan. Manakala lagu-lagu itu pula mendekatkan orang ramai kepada Allah SWT seperti nasyid, qasidah dan sebagainya.





 

Kau Ku Sayang


 
Tiada kata-kata yang dapat diungkap selain selain syukur pada mu Ya Allah pertemukan dengan lelaki yang penyabar. …….
 


Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahya di wajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu

Satu masa nanti
Pasti kau temui
Tabahkanlah hati
Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia
Tak mungkin sendirian
Terhurai dalam lagu berkumandang
Di buai dalam mimpi
Kau ku sayang

Segala untukmu