Setiap kali majlis kahwin terperasan la
dikalangan yang tua2 salam berisi,maksudnye sambil salam dia selitkan duit
dekat tangan tuan rumah.Sejujurnye xtahu
pun maksud sebenar pemberian duit tu.Tanya mak kenapa tiap kali pg majlis
kahwin kawan mak mesti mak bagi duit then mak kata ni utk membantu meringankan
beban keluarga pengantin yg dah keluarkan budget utk majlis kahwin.Tapi kita
yang golongan muda ni lebih suka memberi barangan utk membantu pengantin dari
segi keperluan rumah.
Pemberian wang kepada keluarga pengantin itu
dilakukan oleh orang-orang dahulu adalah sebagai ganti kepada hadiah. Dalam
Islam, pemberian hadiah atau sumbangan di majlis walimah adalah sunnah yang
dituntut oleh Rasulullah.
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam
menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki
sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan
lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju,
ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun
membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
Berdasarkan hadis ini, Syaikh al-Albani
rahimahullah menyatakan:
“Orang-orang kaya dan yang
memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam
majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah) Sumber Hadis.
Oleh kerana kesuntukan masa, sukarnya untuk
mendapatkan hadiah dan seumpamanya, maka orang dulu-dulu mengambil langkah
mudah dengan hanya menghadiahkan wang sebagai sumbangan. Dengan hati yang
ikhlas mereka menghulurkan wang kepada keluarga pengantin, oleh itu keluarga
pengantin (biasanya bapa) seharusnya tidak menolak pemberian ini. Kerana dengan
menolak pemberian mereka, kita seolah-olah menarik pahala yang sepatutnya
mereka perolehi. Selain itu ia mungkin juga akan membuatkan mereka berkecil
hati.
Bagaimanapun sekarang mungkin ramai orang memberi
wang hanya kerana adat tanpa mengetahui ia adalah sunnah.Tapi saya lebih suka
memberi hadiah ,merupakan barang keperluan utk mereka gunakan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.