Seperti
biasa weekend pg beriadah tanpa mengeluarkan duit sangat sebab memang duduk
putrajaya.(nak menyimpan duit kahwin)Pg beli makanan dekat pasar malan then
duduk kat tepi tasik je ha…tapi bukan bedua tau nanti xpasal2 kawen free,ada
ramai family kat sekitar tu.Miggu ni En Tunag ajak pg Masjid Putra bahagian
bawah.Menghadap tasik,ada jugak yang jogging kat situ. Selalunye kami parking kat
dataran putra betul2 menghadap masjid, boleh nampak lah satu family beriadah
bawahk anak2 main dekat kawasan tu. Seronok tengok ragam si cilik bermain.Mainan
dieorang wah hebat2…kecik2 dah ada kereta control la, apa lagi lah mainan yg
xpenah pun merasa time kecik dulu.Sebelum layan pic nak cerita lah serba serbi
tentang Masjid Putra ni.
Masjid
Putra yang dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama
Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan
dengan Tasik Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas
keindahan tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid
dikelilingi oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan
terapung-apung di permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara
segar dari tasik bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra
dan Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.