Monday, February 18, 2013

Triple Blueberry Cheese







Alang2 member baik office mintak resepi ni so sy upload kan dalam blog ni utk share dengan semua. Kenapa triple nama resepi ni sebabnye ada 3 bahan utama yang dilapiskan. Resepi ni mudah sangat sesuai dibuat dengan walaupun org tu xpandai masak & utk wanita yg terlalu rajin seperti dot dot dot. xperlu dibakar dalam oven pun hanya masukkan dalam peti ais. Ha semudah tu je kan(agak2 masih xrajin ke haida nak buat)


Bahan-bahan

250 gm cream cheese
150 gm susu pekat
290 gm uht whipping full cream
1 tbsp gelatin bancuh dengan 50 ml air panas ~ kacau sehingga gelatin larut
Biskut marie putih @ coklat secukupnye.
Filling blueberry (boleh guna apa pun korang suka,cth staberry,lemon,epal)
Hirisan buah2 segar (sy pilih kiwi,peach & anggur) 

Putar cheese dan susu pekat hingga lembut dan creamy ~ lembutkan creamcheese di suhu bilik beberapa jam untuk melembutkan dan memudahkan memutar cheese.
Masukkan uht whipping dan putar hingga sebati.
Masukkan bancuhan gelatin dan putar lagi dengan perlahan agar semuenye sebati dengan cantik.

Jom Susun pulak

Masukkan adunan cheese ke dalam bekas yang korang suka (dalam cawan kaca pun nampak wow)
Lapiskan biskut marie
Letakkan adunan cheese
Lapiskan dengan filling ~ pilih aje mane mane filling
Letak  biskut marie
Lapiskan dengan lapisan cheese
Susun buah2 segar yang dihiris kat atas lapisan chesse (susun ikut kretiviti masing)
Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam ~ nak rasa macam aicrem letak kat tempat beku,rasa tetap lembut



Sedikit Information

Utk Whipping cream ada 2 jenis.Utk resepi ni sila guna UHT WHIPPING CREAM ATAU DIPANGGIL DAIRY WHIPPING CREAM@D0UBLE CREAM@THICKENED CREAM

KANDUNGAN:
Pepejal susu.

TEKSTUR:
Lebih pkt dari susu segar(UHT full cream milk)tidak mengembang apabila di pukul,rasa tawar 

KEGUNAAN:
Sebagai bhm campuran dlm membuat Cheese Cake,Tiramisu,M0usse,Desserts,Ice-Cream dan Ganache.

KAEDAH PENYIMPANAN:
Simpan dlm peti sejuk(chiller)tdk perlu di bekukan,thn 1 minggu slps dibuka.

JENAMA DI PASARAN:
Anch0r,Emb0rg,Pauls,Shani,Greenfields,Bridel.

DI MANA SAYA B0LEY MENCARI NYEW:
Di kedai2x bkln bakery dn dipasaraya juge b0ley didapati.

UHT:Utra High Temperature...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.