Sunday, March 2, 2014

Vitamin Kesuburan, perancangan awal kemamilan

Yaya and Huby mengamalkan pengambilan vitamin kerana Vitamin memainkan peranan dalam membatu meningkatkan tahap kesuburan. Vitamin yang kami ambil adalah ialah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami.Dua Vitamin yang amat penting.Selain tu juga Yaya ambil vitamin B-Complex and Huby pulak ambil Vita- E Complex

Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ dan membetulkan hormon bagi yang mengalami masalah hormon tidak stabil. Serta GLA juga membantu dalam 'menyediakan ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari.
Manakala, Zinc pula membantu dalam menguatkan sperma supaya boleh bergerak aktif di dalam ruang persenyawaan.

Untuk Lebih detail Yaya share information untuk setiap vitamin:

Untuk Wife
1.    B-Complex


Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).
Vitamin B Complex mempunyai peranan  penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

2.      GLA Complex

Supplement wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.



Untuk Husband

1.      Vita- E Complex


Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.


2.      Zinc Complex


Supplement yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.